CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Fakta, Teori Atau Auta Teori MH370 Di Sembunyikan Bawah Tanah Di Ukraine?

2-1-2015 05:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42275| Komen: 149

MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah





Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam  disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara  sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat  MH 370 milik Malaysia
baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid


Kemana pesawat tersebut berada dan  apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab  fan menemui noktah yg muktamad.


Sah pesawat Boeing 777 yang  mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih  pemanduan dari Kapten Zaharie.

2  penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak  dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan  transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara  automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.


Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang  disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid


Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut  Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan  Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada  pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan  rekaan semata-mata.


Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat  u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.


Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui  ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd  kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia  tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta  disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.


Selang beberapa hari kemudiannya  media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan  berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan  yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu  diruang udaranya.


Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?



Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak &  Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan  menerbangkannya ke koridor utara



Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-


(1) Percubaan untuk bunuh president Angola

(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur

(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia,

(4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.



Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup.  lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa  bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..


Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370



Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " .

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di  Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba  terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea  seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi..


Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada  kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah  melalui radar udara Thailand.






Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua  keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya  MH 370 dibawa.


Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh  Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea  Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine....


Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan  Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk  elak di kesan oleh radar moden.


Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di  Kyrgyzstan  untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu  digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke  Sevastopol airbase ukraine....


TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti  yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan  biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370  menghala ke Ukraine.




Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan  oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama  beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH  370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)


Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate  transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh  org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370  berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine



Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing  hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan  pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya  pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali  ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam  08.59 pagi  pesawat transponder MH 370 cuba  ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke  sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan  diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas  (Russia)




Anda nak bukti lagi nah ambik ni...


Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat  MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.





Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370  disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes  misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia

Satelite  x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera  udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah  pesawat MH 370 milik Malaysia




Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17


Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya:

Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk  mendapat dana dari PBB sebanyak  1bilion usd... Apabila dapat duit  sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan  kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.

Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika  memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba  menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah  MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak  pesawat MH 17. Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg  kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka  senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata  lain dikambing hitamkan.


TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan  ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita  nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya  akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.


Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir

17

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 2-1-2015 09:21 AM
Membongkar Pembohongan Sharifah Sofea Tentang Konspirasi MH730
Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.

Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.


Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.

Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?

identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?

2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.

Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.

DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM

Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.



Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.




Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND...Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu.  Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.

Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.

PAPARAN RADAR TURKMENISTAN




Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:








Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.

Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.




Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat




Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman




Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia

Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.




Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.




Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.

Tidak yakin.

Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370






Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.




Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.

Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.

Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.

Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.




Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.




Tetapi foto yang mereka berikan berwarna hijau, signifikan dengan alat pandang malam dan menjelaskan dengan trampil yang foto yang dicanangkan itu bukanlah foto pesawat yang berada dibawah tanah kerana imejan alat pandang malam tidak menembusi objek, tetapi menerangi kawasan yang gelap.


Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.


ELT BUKAN SUAR API




Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?

Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya...kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.

Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.

Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....

KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.

Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.


Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.

Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.

Salam 2015

-ikansadinmknorang-

Sumber: http://bloglist-malaysia.blogspot.com/2015/01/menyanggah-pembohongan-sharifah-sofia.html

Dipetik dari - malaysiamilitarypower.blogspot.comm

Quote mdmyana 2-1-2015 09:26 AM
Walaupun dah letih membaca pelbagai teori, ai percaya
suatu hari, kebenaran akan terungkai jua...

Quote cik_tonggek 2-1-2015 09:31 AM
kaka seripah
Quote awan_kelabu 2-1-2015 09:36 AM
asal byk technical terms, post panjang2, mesti yg 'educated' percaya
Quote bawangputih05 2-1-2015 09:39 AM
tq post..sy sbnrnye tercari2 jugak post yg mencantas pndgn sofea tu..

nk tgk 2-2 hujah and consider..
Quote runie 2-1-2015 09:40 AM
sentiasa berdoa utk penumpang n krew mh370..

semoga kebenaran akan terungkai..
Quote XxNotTruexX 2-1-2015 09:41 AM
Mengapa pihak Kerajaan tidak ambik Raja Bomoh Malaysia untuk mencari lagi MH370 yang hilang itu?  Berikan semua peralatan yang diminta oleh Raja Bomoh tersebut, saya yakin MH370 akan ditemukan ....
Quote eiman 2-1-2015 09:42 AM
sapa kak pah sofea ni?
Quote cik_kembong 2-1-2015 09:51 AM
Semoga satu hari nanti kebenaran akan terungkai juga....
Quote Eva_yy_Ellin 2-1-2015 09:51 AM
Di FB semalam ramai je yang share dan like, memenuhkan News Feed je.
Ada baca juga blog tu tapi mampu baca separuh je.
Sorry to say, lebih banyak yang tidak boleh dipercayai daripada boleh dipercayai.
Status dia pun dah meragukan, tak payah nak baca teori tu pun boleh tahu ada yang tak kena.
Kalau "maklumat data sulit", kenapa dia boleh sewenang-wenangnya sebarkan? Tak rasa ke nyawa sendiri akan terancam? Perisik tu mesti cari dia sebab dia dah bocorkan "maklumat sulit" yang diberikan. Maklumat sulit harus kekal sebagai maklumat sulit. Seorang "kapten" tak seharusnya sebarkan "maklumat sulit" yang dia dah tahu.

Teori dia baca boleh, percaya jangan.

Saya lebih berminat nak tahu pasal kes dia konon kena santau dulu tu. Dah sihat la agaknya ye kalau boleh terus menulis lagi
Quote stars83 2-1-2015 09:54 AM
hanya org bodoh je pcaya ngan fakta kak peah tu...
Quote epysha 2-1-2015 09:55 AM
so motif bijan main gop ngn obama???
Quote kasibiman 2-1-2015 09:55 AM
tambah sikit kekantioian kencingan datuk capt tengku kakpah.

takat utk dana 1 billion usd di persada antarabangsa; itu nominal amount jah. malaysia yg cenonet neh pon gomen bajet USD 64bn utk dibelanjakan tahun depan
Quote AbukRokok 2-1-2015 10:04 AM
aku dah baca semalam dan 100% percaya teori yg bullshit
china buat apa?
sevastopol tu kat Russia (Crimea)
minyak ckup plak tu
Quote AbukRokok 2-1-2015 10:06 AM
imej radar pun xmeyakinkan.....dalam imej radar tu mana MH370 (aka UFO)
boleh je cilok imej radar mana mana

dan ada plak ek satelit xray boleh tengok perut bumi? aku igtkn satelit xray utk pencerapan astronomi jarak jauh
Quote uori 2-1-2015 10:07 AM
Quote snipersnake 2-1-2015 10:15 AM
sharifah tuh pon takleh percaya, sbb banyak dia punya claim tuh tak pro dan takder proof

blog militarymight malaysia tuh pon takleh percaya sbb depa nih macai BN.

Cuma satu yg menarik, blog tu tak counter balik apa2 pasal olaff ke oleg ke hapa nama 'perampas' tuh.
Quote ajunara 2-1-2015 10:16 AM
hmm...jangan la menanguk dia air yang keroh...kesian kat waris2 mh370...harapan diorang dimusnahkan dengan cerita2 karut....
Quote Muntz 2-1-2015 10:21 AM
@Changa @Vokuro sila komen yer kak.

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.087723 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top