|
Sangat la gegar tiba-tiba tak semena-mena, ada babak yang agak-agak mengejutkan gitu. Hairul Azreen yang juga teman lelaki Hanis telah melamar Hanis pada malam akhir Konsert Gegar Vaganza 2014.
Konsert yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi menyaksikan Hairul melamar Hanez dengan sebentuk cincin emas. Sangat bertuah Hanis apabila kekasihnya yang romentik ini melakukan aksi yang disaksikan secara langsung menerusi kaca televisyen. AWWWWW.... tahniah LadyLista ucapkan, semoga ikatan mereka berkekalan. Sementara itu dalam trending di twiter, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan merpati ini. Namun yang paling penting, hubungan mereka berdua direstui oleh ibu bapa Hanis.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.329803 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.