|
Mortsafe : Sistem Mengelak Mayat Dicuri Di Awal Abad Ke-19 Pada awal kurun ke 19 berlaku banyak kecurian mayat di United Kingdom. Mayat dicuri dan dijual kepada sekolah perubatan untuk digunakan di dalam kelas anatomi. Kecurian mayat ini menjadi semakin kronik kerana pihak berkuasa tempatan enggan bertindak kerana sekolah perubatan memerlukan mayat dengan jumlah yang banyak. Penduduk setempat terpaksa bertindak sendiri bagi memastikan jasad ahli keluarga yang baru meninggal dunia tidak dicuri. Antara perkara yang mereka lakukan ialah membina menara tinjau di dalam kawasan kubur untuk menjaga kubur selama beberapa hari sehingga mayat dirasakan sudah cukup reput dan tidak berbaloi lagi untuk dicuri. Kepada yang kaya mereka membina makan ataupun meletakkan batu berat bagi menutup kubur. Kepada yang miskin mereka meletakkan batu batan dan kayu di dalam liang lahad bagi menyukarkan pencuri untuk menggali keranda yang ditanam. Pada tahun 1816 Mortsafe dicipta bagi "memenjarakan" keranda di dalam tanah dan seterusnya mengelakkan kecurian. Terdapat beberapa versi. Ada versi sangkar bersi yang diletakkan di atas kubur. Ada versi hibrid sangkar besi dan penutup batu berat dan ada juga berbetuk pagar besi. Kesemua ini dihasilkan bagi memastikan si mati akan terus kekal tertanam. ![]()
|
anees~nuhara replied at 5-1-2015 04:38 PM
mayat pon kne penjara
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.429435 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.