|
Menerusi Astro Gempak, Hisyam menyatakan isterinya tiada isu mengenai babak tersebut. Beliau juga menambah, isterinya faham kerja seorang pelakon dan meminta supaya isu peluk bersama Ifa Raziah tidak diperbesarkan. Hisyam Hamid ketika dihubungi pada petang Isnin memberitahu adengan itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata. "Saya sebagai pelakon perlu bersikap profesional dan menjalankan tangunggungjawab yang telah diberikan kepada saya. “Saya hadir sebagai tetamu jemputan untuk memberikan kejutan bagi persembahan Ifa Raziah. Jadi kami berdua hanya fokus untuk memberikan persembahan terbaik lebih-lebih lagi ia merupakan konsert akhir,” katanya. Jelas Hisyam lagi,walaupun mereka mengalami kekangan waktu untuk menjalani latihan bersama namun masing-masing mengamalkan sikap profesional. Hisyam menerima tawaran itu disaat akhir sewaktu bercuti bersama keluarga dan ia antara punca dia tidak terlibat dalam sesi latihan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.609236 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.