Ini merupakan kali kedua kisah perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak dipaparkan di dada media dalam masa tiga minggu dan kali ini ianya nampak seakan hubungan mereka seperti tidak dapat diselamatkan lagi dengan pihak perempuan sudah tawar hati — khabarnya.
Utusan Malaysia semalam menulis yang Emma Maembong sendiri meminta kepada Zizan Razak supaya hubungan mereka tidak diteruskan lagi dan pelakon itu sendiri boleh dilihat terbang bercuti ke Pattaya, Thailand bersama rakan rakan untuk menenangkan hati.
BACA: Zizan Razak, Emma Maembong Putus Cinta Sebulan Lalu?
Menerusi Instagram beliau juga, Emma Maembong memuat naik klip lagu berjudul Already Gone nyanyian Kelly Clarkson yang ramai sedia maklum lagu rasmi untuk mereka yang sedang patah hati dengan kekasih yang tidak menghargai. Cewah.
Apa pun kami berharap khabar angin ini sekadar khabar angin dan Emma Maembong juga Zizan Razak sendiri boleh mencari jalan damai jika ada masalah antara kalian. Sayang kasih yang dibina bertahun jika terlerai begitu sahaja. Peminat pasti menangis. (rtky/m)
sumber: rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|