CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Tidak Sempat Bawa Lari Kambing Yang Di Sembelih?

7-1-2015 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5853| Komen: 13

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira Jam 4.30 Pagi Itu, Lembu Yang Didakwa Milik Seorang Guru Al-Quran Itu Bukan Sahaja Sudah Disembelih, Tetapi Juga Dilapah, Namun Tidak Sempat Dipotong Untuk Dimuatkan Ke Dalam ...
Pencuri Tidak Sempat Bawa Lari Kambing Yang Di Sembelih?


MARANG – Hasrat seorang pencuri untuk membawa lari seekor lembu yang sudah disembelih, tidak kesampaian selepas penduduk kampung menyedari kehadiran pencuri terlibat di Kampung Tasek, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, lembu yang didakwa milik seorang guru al-Quran itu bukan sahaja sudah disembelih, tetapi juga dilapah, namun tidak sempat dipotong untuk dimuatkan ke dalam kereta.  

Penduduk, Alias Ahmad, 53, berkata, keadaan bangkai lembu yang berada di bahu jalan utama kampung itu menimbulkan tanda tanya kerana lembu itu bukan mati akibat dilanggar kenderaan.

Menurut Alias, bagi mendapatkan kepastian, dia kemudiannya menghubungi beberapa rakan untuk mengetahui perkara sebenar.

“Saya dimaklumkan lembu itu ditinggalkan seorang pencuri dalam keadaan sudah disembelih. Haiwan itu ditinggalkan begitu sahaja selepas perbuatannya disedari penduduk kampung.

“Pencuri terlibat kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian, namun penduduk tidak sempat berbuat apa-apa termasuk untuk menahannya,” katanya.

Alias berkata, ahli keluarganya turut menyedari lelaki itu sering berulang-alik menaiki sebuah kereta di laluan utama kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu, namun tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kejadian itu berlaku.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Tasek, Alias Mohd, 60, mengesahkan menerima aduan daripada penduduk berhubung kejadian itu dan turut dimaklumkan, perkara itu sudah dilaporkan kepada polis.

“Kita memandang berat perkara ini kerana kes kecurian jarang berlaku di kampung ini. Namun, kejadian terbaru ini boleh diibaratkan sebagai signal buat JKKK untuk memperkemaskan lagi aspek keselamatan di sini.

“Kita (JKKK) juga berharap polis dapat membuat rondaan di kawasan kampung pada awal pagi kerana kes sedemikian biasanya berlaku ketika kebanyakan penduduk sedang tidur,” katanya, semalam.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 7-1-2015 12:12 PM
gila...

makan rezeki haram...
Quote jengkoil 7-1-2015 12:14 PM
Was was nk mkn...sembelih ada baca bismillah tak?
Quote bellaa 7-1-2015 12:18 PM
agak-agak sempat x dia hadap lembu ni arah kiblat
Quote Modngengade 7-1-2015 12:25 PM
kerja haram ni juga yg ko nk buat dekk....
Quote duniaku85 7-1-2015 12:30 PM
kesiannye lembu tu
membazir btl la
Quote mdhelmi 7-1-2015 12:31 PM
kalo sbb eksiden daripada menanggung derita mmg org akan sembelih je
btol ke dah dilapah tu? tgk pada darah mcm disembelih kat situ...xkanla nak lapah kat situ jugak
tu berita metro ke?
Quote prettyuglybabe 7-1-2015 12:31 PM
ok la tu.. dia sembelih jugak
Quote lavagitar 7-1-2015 12:32 PM
ganu lembu...

Quote mak_wa95 7-1-2015 12:33 PM
perut selambak tu,dah nak meletop ke...
Quote batmana 7-1-2015 12:53 PM
nk mencuri , tapi tau plak hukum mkn daging yg xdisembelih..
Quote maplesue 7-1-2015 05:56 PM
Nampak macam baru lapah separuh
Quote musangcomel 7-1-2015 06:05 PM
klu yg mencuri ni melayu islam mmg memalukan sungguh
wlopon sembelih tetap haram sbb mencurik
Quote GhostWalking 7-1-2015 06:09 PM
perangai macam hamjadah namanya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.322035 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top