CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Sanggup Bagi Orang Lain Jaga' - Kamsiah

8-1-2015 01:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9399| Komen: 69

'Tak Sanggup Bagi Orang Lain Jaga' - Kamsiah

Kamsiah bersama tiga daripada empat cucunya yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka.

KUANTAN - Walaupun dihimpit kesusahan namun kasih seorang nenek tidak sanggup membiarkan empat cucu yang ditinggalkan kedua-dua ibu bapanya dijaga orang lain.

Kamsiah Che Esa, 54, yang mengidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan gout menjaga keempat-empat cucunya yang berusia 8, 6, 4 dan 1 tahun 4 bulan sejak tiga bulan lalu.

Kamsiah berkata, mereka ditinggalkan kedua ibu bapa selepas mereka tidak lagi sehaluan.

“Ibu mereka iaitu anak makcik keluar dari rumah pada Oktober lalu dan tidak pulang selepas itu, begitu juga bapa mereka.

Buat masa ini, makcik menanggung mereka dengan menjual kuih muih, namun kadang-kadang keadaan kesihatan mengganggu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa, di sini.

Kamsiah berkata, ada beberapa individu yang mahu menjadikan cucunya sebagai anak angkat namun dia tidak sanggup berpisah dengan mereka.

Katanya, walaupun pendapatan hasil menjual kuih muih tidak seberapa namun rezeki mereka tetap ada hasil bantuan jiran dan individu yang dermawan.

“Saya cuba sediakan makan pakai mereka dengan kudrat yang ada, namun ada ketikanya ada keperluan yang tidak mampu diberikan.

“Ada satu hari, cucu saya meminta mahu membeli burger, tapi satu sen pun saya tak ada.

“Rumah sewa sudah empat bulan tak bayar, begitu juga dengan bekalan elektrik dan air, hanya tunggu masa untuk dipotong,” katanya.

Katanya lagi, keperluan persekolahan dua cucunya, Muhammad Ashraff Aliff Aiman, 8, dan Muhammad Aliff Amirul Safizan, 6, masih belum dibeli lagi.

”Saya buntu memikirkan yuran persekolahan yang mencecah RM500 untuk mereka berdua. Minggu depan sesi persekolahan akan bermula, namun saya tak mampu beli apa-apa

“Saya sangat berharap ada pihak yang sudi membantu cucu-cucu saya,” katanya.

Kamsiah berkata, dalam kejadian banjir baru-baru ini, cucunya yang bongsu, Muhammad Ashraff Aliff Aizat, 1 tahun 4 bulan, dijangkiti penyakit bawaan air.

“Saya tak mampu nak bawa dia ke klinik,” katanya.

Kepada pihak yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun BSN, Kamsiah Che Esa 06100-29-00060531-6.

7

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 8-1-2015 11:29 AM
jangan kami pisahkan aku dan diaaaaa

Quote liyamariska 8-1-2015 11:40 AM
kesian makcik nih, dahlah anak menantu menghilang tinggalkan cucu utk dijaga, dengan masalah kewangan serta mengidapi pelbagai penyakit pula tuh...

harap dipermudahkan bantuan utk makcik ni dgn cucu2nya...
Quote haryatie 8-1-2015 11:43 AM
apa punya org la..
suka suki tinggalkan ank2 mcam tu jerk..
Quote lavagitar 8-1-2015 11:46 AM
haryatie replied at 8-1-2015 11:43 AM
apa punya org la..
suka suki tinggalkan ank2 mcam tu jerk..

lu marah kat sapa ni..??




Quote mak_wa95 8-1-2015 11:48 AM
dulu bela sekarang bela cucu..

Quote watie_na 8-1-2015 11:49 AM
jom derma. 10 hengget sorang, kalau 100 org dah berapa. kalau 1000 org .... ringan sikit beban makcik ni. sy anak 2 org pun berpeluh nak sediakan kelengkapan dan bayaran buku.
Quote fredza 8-1-2015 11:49 AM
ini point dia....   

Kepada pihak yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun BSN, Kamsiah Che Esa 06100-29-00060531-6.
Quote kenarikelabu 8-1-2015 11:54 AM
Nasib la budak2 tu masih ada nenek...nenek dah xde sok, camne la nasib mereka
Quote haryatie 8-1-2015 11:54 AM

marah kat org yg jahat2 tu....
Quote pikochew 8-1-2015 11:55 AM
Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab betul.ishh ishhh.....
Quote Modngengade 8-1-2015 11:59 AM
comelnya budak2 tu....bagi lah kat hakak biar hakak jaga....
sedih sgt tgk nasib budak2 ni....
Quote Modngengade 8-1-2015 12:01 PM
sedih sgt baca berita mcm ni....sanggup mak pak dia buat mcm tu
Quote poyohabis 8-1-2015 12:06 PM
Sian anak Mak bapak x bertanggungjawab.. Ms anak kecik x ambik tau bl anak dah beso dah berjaya beria mengaku anak lps tu kata anak2 x nak jg deme
Quote namirulmukminin 8-1-2015 12:06 PM
No akaun dah bagi... Jom derma... Harap2 si @lavagitar  yang ngaku konon Tokey Kilang Papan, Tokey Gedung Batik Kat Indon, banyak duit berkepul2 siap ada bebini 3 orang tu derma la banyak sikit... takat gebang sana sini konon alim, kaya tapi hidup hari2 duk menyemak sana sini kencing merata-rata baik tak payah sembang lebat... gelak dek orang je...
Quote alieyrina 8-1-2015 12:09 PM
Comeinya anak2 dia...makpak jenis apa nii..jgn anak senang sok duk p merenyeh kat anak plak...
Quote lavagitar 8-1-2015 12:09 PM
namirulmukminin replied at 8-1-2015 12:06 PM
No akaun dah bagi... Jom derma... Harap2 si @lavagitar  yang ngaku konon Tokey Kilang Papan ...

lu sedap2 main sampai beranak pastu lu tinggalkan suh nenek dia jag...lu masih tarak muka mau mintak duit hasil titik peluh wa..????




apa punyer bapak la lu ni....



Quote jazaa 8-1-2015 12:12 PM
Modngengade replied at 8-1-2015 11:59 AM
comelnya budak2 tu....bagi lah kat hakak biar hakak jaga....
sedih sgt tgk nasib budak2 ni....

Hakak nk yg mana?....
Saya nk yg baju merah tu...hensem....
Quote namirulmukminin 8-1-2015 12:13 PM
lavagitar replied at 8-1-2015 12:09 PM
lu sedap2 main sampai beranak pastu lu tinggalkan suh nenek dia jag...lu masih tarak muka mau mint ...

Eh... tu bukan anak2 lu ka? lagi mau swing ka??
Quote jazaa 8-1-2015 12:14 PM
Mana jkkk?....
Jgn dipisahkn dorang adik beradik....


Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063301 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top