CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gara-Gara Bercumbu Dengan Kekasih, Pelajar Dirogol

9-1-2015 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25624| Komen: 114

Gara-gara bercumbu dengan kekasih, pelajar dirogol


SABAK BERNAM 8 Jan. - Hasrat sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sini yang mahu memadu kasih di dalam sebuah kereta, bukan saja tidak kesampaian malah pasangan perempuan itu dirogol seorang lelaki lain. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam Ahad lalu apabila kedua-dua pelajar itu meletakkan kereta mereka di satu kawasan gelap di sini. Ketika sedang leka bercumbu dan dalam keadaan separuh bogel, mereka didatangi oleh suspek berusia 23 tahun yang memandu kereta jenis Honda. Suspek telah mengarahkan kedua-duanya berbogel dan merakamkan gambar mereka selain turut merampas telefon bimbit.


Disebabkan panik dan ketakutan, kedua-dua pelajar yang berusia 20 tahun itu hanya menurut arahan suspek.


Suspek kemudian mengugut mahu menyebarkan gambar lucah terbabit dan mengarahkan pelajar perempuan itu berjumpa semula dengannya di kedai makan.
Mangsa yang takut gambar lucah dia bersama teman lelaki tersebar kemudian memberikan alamat rumah sewanya kepada suspek sebelum lelaki itu datang menjemputnya kemudian.

Suspek seterusnya membawa mangsa ke sebuah kedai makan di Kuala Selangor dan kemudian ke sebuah hotel di Sekinchan pada kira-kira pukul 2.30 pagi.
Dia kemudian mengarahkan mangsa mengurut badannya sebelum bertindak merogolnya di dalam bilik hotel berkenaan.
Mangsa selepas itu dihantar pulang ke rumah sewanya oleh suspek dan dipulangkan telefon bimbit.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohamad Khalid Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam sehari selepas kejadian manakala suspek ditahan pada 6 Januari lalu di rumahnya di Sungai Air Tawar.
“Polis menahan reman suspek sehingga 13 Januari ini dan kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” ujarnya. 

25

Bagus
17

Marah
22

Terkejut
19

Sedih
26

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_Andak 9-1-2015 09:46 AM
Budak2 pandai masuk IPT rupa2nya BODOH....
Quote Jagendas 9-1-2015 10:02 AM
mesti pasni boifren dia mintak clash
sbb dah kena cretttt
Quote Modngengade 9-1-2015 10:03 AM
ni semua pengaruh media..salahkan media dekkkk
Quote biosfree 9-1-2015 10:06 AM
Cik_Andak replied at 9-1-2015 09:46 AM
Budak2 pandai masuk IPT rupa2nya BODOH....

Benda sedap....sape nk tolak...hehe
Quote mdhelmi 9-1-2015 10:07 AM
ingatkan metro td
Quote Syd 9-1-2015 10:09 AM
practical training?
Quote edoraixora 9-1-2015 10:09 AM
citer ni mcam tak logik pun ade
Quote duquesne 9-1-2015 10:11 AM
Bapak la bengapnya 3 3 ekor mangkuk tingkat ni... dah macam drama swasta terpoyo pulak ceritanya... haihhhhh
Quote trinne 9-1-2015 10:14 AM
Oppps opppsss....
Quote alieyrina 9-1-2015 10:17 AM
Mau hantuk kepala 3 ekoq nii...duk buat drama ka apa  
Quote Athrun.Zalaa 9-1-2015 10:23 AM
Akan jadi movie nnt...
Xpun cite bersiri...
Budget2 cite kawin paksa, tpaksa kawin, pak sanggup jatuh cinta kmudian hari...
Quote haruslah 9-1-2015 10:29 AM
1. bangang sbb nak beromen dlm kete

2. bf ko sog xleh nak lwn penyangak sorg...jantan ke x nih?
penyangak rakam gamba ko 'laki bini' ko pon buat jer la aksi tu ek?

3. penyangak ajak jumpa ko bg alamat rumah....siap penyangak dtg jemput

4. ko pegi hotel ikut penyangak sbb takut video bogel kena sebar....malaysia xde polis ek?
Quote matahari7001 9-1-2015 10:35 AM
what i can say is  " a bunch of dungus ".. especially pompuan tu..
Quote haruslah 9-1-2015 10:35 AM
ni budak poli sabak bernam ke???
Quote jazaa 9-1-2015 10:43 AM
haruslah replied at 9-1-2015 10:35 AM
ni budak poli sabak bernam ke???

Aku baru nk tanya, kau dah tanya dulu.....
Quote PEPPERMAN 9-1-2015 10:47 AM
tak dapat dgn boyfriend, dengan pengskodeng pun jadi...

giler bodoh yang teramat, dari kawasan gelap ke kedai makan ke hotel..
siap urut..

Quote Cyempaka 9-1-2015 10:52 AM
bleh buat novel ni..mesti jd drama bersiri slot akasia
Quote Orix 9-1-2015 10:54 AM
jap. suspek sorg je kan? yg nk beromen tu berdua kan? awat penakut sgat pi ikut ckp suspek tu? lg 1 ap mksud 'pasangan perempuan itu dirogol lelaki lain'??? memule aku bce igtkan lesbo.. pstu ehh pasangan perempuan bukan lelaki ke? kene liwat ke? eh eh eh.  pening aku
Quote BotakChinPeng 9-1-2015 10:55 AM
Bodoh punya amoi.

Pengecut punya ah beng

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062629 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top