CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putrajaya Bakal Memiliki Kuil Terbesar

9-1-2015 06:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15098| Komen: 108

Putrajaya Bakal Memiliki Kuil Terbesar


Isu Pembinaan Kuil Besar Di Presint 20, Ini Jawapan ‘Putrajaya’

ISU berkaitan agama jika tidak dibicarakan secara betul di khalayak umum, boleh mencetus mudarat pada perpaduan negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Sebagai contoh, isu terbaharu melibatkan pembinaan sebuah kuil besar di Presint 20, Putrajaya yang menimbulkan polemik selepas dipertikaikan sesetengah pihak baru-baru ini.

Antara alasan pembinaan kuil itu dibantah adalah kedudukannya yang didakwa tidak wajar kerana berada di kawasan majoriti dihuni bangsa Melayu.

Bagi mengelak isu ini terus mengeruhkan keadaan, Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjawabnya.

Kenyataan ini antara lain menjelaskan, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

Harus diketahui, Putrajaya sebelum dibina seperti sekarang merupakan kawasan ladang yang didiami masyarakat India dan mempunyai pelbagai kuil daripada yang bersaiz besar hinggalah sederhana.

Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Dakwaan menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan juga tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 ini sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.

Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya.

Kelmarin, isu kuil di Presint 20 mencuri tumpuan umum apabila Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda PERKASA melahirkan penentangan terhadap pembinaannya di Putrajaya.


Irwan Fahmi Ideris

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris dikatakan menyelar tindakan pihak tertentu mendirikan kuil tersebut yang dirasakan  tidak wajar.

“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.

“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ.

“Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada portal Free Malaysia Today.

Irwan turut dilaporkan oleh portal berita tersebut menyebut, walaupun sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya berasa terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu tetapi meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada penduduk di Putrajaya.

3

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 9-1-2015 03:46 PM
Ok je kot... Kita kan negara majmuk....
Quote kecimpret 9-1-2015 03:50 PM
bayangkan kalo benda ni jadik kat Selangor...mau sebulan macai mangkok2 hayun ni menyalak w'pun dah diberi penjelasan panjang lebar
Quote lucky_peace 9-1-2015 03:55 PM
kalau rakyat negara luar bantah pembinaan masjid pon kita rasa terhina, siap menyalak menyebut demokrasi la ape la, hak beragama segala bagai... jadi situasi sama di Malaysia, kenapa perlu bantah pembinaan rumah ibadat lain kalau mereka ada hak.. bukannya mereka dirikan secara sesuka hati... lain lah kalau tetibe pacak tiang kuil kat tepi sungai tanpa permit, mmg patutlah kene bantah...
Quote bulalof 9-1-2015 03:56 PM
why all things has to be racist?
Quote anno_miss 9-1-2015 04:00 PM
Edited by anno_miss at 9-1-2015 04:01 PM

Kuil terbesar hampir siap.. ai x perasan pun.. mmg tertinggal ketapi tol..


Quote bluehedgehog 9-1-2015 04:05 PM
di paris masjid ratusan bijik pun kapiaq x mogok dan piket...
Quote Lorra2411 9-1-2015 04:07 PM
boleh ja, kata 1 Malaysia. tak payah racist sgt lah. janji tak kacau org Islam.
Quote nacuwin 9-1-2015 04:10 PM
kat malaysia ni banyak rumah ibadat sana sini. tapi akhlak majoriti macam takde agama jadi panduan.

i alz mmg yakin rumah ibadat ni akan jadi monumen macam tugu negara je takde sapa pun nak g termasuklah yang masuk tv konon mempertahankan agama.
Quote jojoba_beads 9-1-2015 04:11 PM
ok je kot bagi ako.. lagi pun dia buat untuk ganti balik 15 kuil yg derang buang..

ok la.. ayooo.. jgn cepat melatah.. releks..
Quote ifanonline 9-1-2015 04:13 PM
kecimpret replied at 9-1-2015 03:50 PM
bayangkan kalo benda ni jadik kat Selangor...mau sebulan macai mangkok2 hayun ni menyalak w'pun dah  ...

hidup melayu! hidup hindu!
Quote kecimpret 9-1-2015 04:14 PM
adakah ini akan berulang??



Quote syafarah_2k 9-1-2015 04:14 PM
apa masalahnye?

boleh murtad ke kalu bina kuil kt putrajaya tuh?
Quote mommymonster82 9-1-2015 04:22 PM
Edited by mommymonster82 at 9-1-2015 04:26 PM

15 kuil? Plslah..mmglah byk..asal ada pokok skit buat kuil... Klu lalu kt kuala selangor tu xsampi 100 meter ada kuil... Kecik besar kuda ular gajar semua ada.... On the way gi ampang mrr2 tu pon gtu... Celah semak tetiba ada kuil.. Depan skit kuil besar.... Pnh dengar kuil cina nk kena roboh? Xpnhkn..tp kuil india ni mesti ada? Why? Cer pntau skit n buka mata skit.... Dorg buknnya penduduk.majoriti..tp kuil melambak2... Kuil cina pon xbersepah2 mcm kuil dorg..


Baru korg tau putrajaya saper yg punya?  Kebanggaanla sgt.sana ramai melayu.... Hahahaha
Quote Nenasketum 9-1-2015 04:24 PM
Semua benda nak dipolikkan. Dah takder keje lain yang lebih berpaedahkah
Quote ajie2000 9-1-2015 04:26 PM
Bagi menjaga hati DAP dan Hindarf..

Melayu Islam lah jugak yang kena tolak ansur...

siapa  lah yang punya negara nih..

hmm...
Quote ultra78 9-1-2015 04:29 PM
Habislah terpesong akidah umat islam putrajaya

Quote ajie2000 9-1-2015 04:29 PM
Edited by ajie2000 at 9-1-2015 04:31 PM

SAJAK NURKILAN A. SAMAD SAID
TAJUK SAJAK...HAI MELAYU.


Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga Nepal pula menjadi JaGa,

orang Bangla yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk agama dan negara.

.........

Quote penari 9-1-2015 04:34 PM
padan muka melayu...booooo...abes arr kali ni...bukak mata nampak kuil....kena samak mata
Quote alesandra 9-1-2015 04:43 PM
penari replied at 9-1-2015 04:34 PM
padan muka melayu...booooo...abes arr kali ni...bukak mata nampak kuil....kena samak mata

kena samak mata...giler kelakar

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.113830 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top