Ulama Arab Saudi Larang Umat Islam Buat Patong Salji RIYADH – Musim sejuk yang menyaksikan salji turun di rantau Asia Barat bukan sahaja menjadikan kehidupan masyarakat Arab bertukar kelam-kabut, malah menyebabkan ramai mengambil kesempatan bermain salji seperti di negara iklim empat musim. Namun tindakan segelintir remaja di utara Arab Saudi yang kini dilaporkan ‘meriah’ dengan membuat orang salji atau disebut snow man mengakibatkan ulama negara konservatif Islam itu terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman aktiviti sedemikian. Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, ulama terkemuka, Sheikh Mohammed Saleh al-Munajjid mengingatkan semula rakyat Arab Saudi berhubung larangan pembuatan orang salji sebenarnya sudah lama ditetapkan pemerintah sejak beberapa tahun lalu. Beliau malah menegaskan, hukum pembuatan orang salji atau patung menyerupai bentuk rupa binatang hidup daripada salji sama dengan hukum haram apabila sengaja membuat gambar manusia yang menurutnya tidak dibenarkan menurut ajaran Islam. Sheikh Mohammed sebaliknya menjelaskan, apa yang boleh dibuat umat Islam mengikut hukum syarak adalah ukiran salji untuk objek bukan hidup atau tiruan daripada benda mati seperti bentuk kenderaan, buah-buahan dan bangunan. Sejumlah pengguna laman sosial Twitter mempersoalkan larangan pembuatan orang salji dan foto-foto yang diambil oleh warga Arab Saudi menunjukkan mereka membuat tidak hanya manusia salji tetapi juga unta dan pasangan pengantin dari salji. Bagaimanapun sebahagian ulama tempatan menjelaskan rasional fatwa tersebut dengan larangan kerajaan lebih kepada kebimbangan pengaruh negatif budaya Barat yang mungkin menyerupai upacara ritual keagamaan tertentu.
|
25
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 13-1-2015 09:41 PM
Musuh-musuh islam sentiasa cuba memesongkan akidah umat islam. Patung salji ni salah satu daripada t ...
TuntungReturn replied at 13-1-2015 09:34 PM
yg mana dah buat patung salji tu elok bertaubat
cmf_premierleag replied at 13-1-2015 09:39 PM
Alahai bodoh sgt la ulama2 ereb
sume mende x bleh
Yang bleh hanyalah menutoh anak dara 7 hari 7 m ...
cecari replied at 13-1-2015 09:48 PM
bodoh tak bodoh.. kalau hang belajar dan rajin dok pi mengaji ... baru hang tau betapa banyaknya h ...
Decaffeinated replied at 13-1-2015 09:56 PM
snow man ni tuhan ais part time kekdahnya.... sila sembah sebelum cair...
cmf_blingblings replied at 13-1-2015 09:54 PM
tu yg buat patong kecik-kecik kat atas pasir pantai tu kira dosa jugakah?
cecari replied at 13-1-2015 09:48 PM
bodoh tak bodoh.. kalau hang belajar dan rajin dok pi mengaji ... baru hang tau betapa banyaknya h ...
dino replied at 13-1-2015 09:59 PM
yg aku paham patung yg dibuat perhiasan... yg bdk2 wat main takde hal.....nanti ade lebai dgn lant ...
ADVERTISEMENT