CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tanda-Tanda Si Dia Mungkin Adalah Jodoh Kita

14-1-2015 03:45 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 11207| Komen: 0

Oleh Fyruz

Bila bercerita tentang jodoh semuanya pasti tahu yang Jodoh, Ajal dan Rezeki adalah ditangan Tuhan. Tapi LadyLista ingin berkongsi sedikit tanda-tanda yang teman lelaki anda mungkin adalah jodoh anda jika terdapat tanda-tanda seperti dibawah ini. Mungkin benar atau mungkin tidak kerana segala tanda-tanda ini adalah hasil dari penceritaan beberapa rakan-rakan LadyLista yang telah pun bertemu jodoh masing-masing. Ya, terdapat banyak persamaan antara pengalaman rakan-rakan LadyLista itu. Jadi LadyLista harap pembaca menilai sendiri dan dapat sedikit sebanyak mengenalpasti adakah benar tanda-tanda ini terdapat pada teman lelaki pujaan anda sekarang?

#1 - Keserasian 
Apa yang LadyLista ingin terangkan mengenai keserasian contohnya setiap apa sahaja yang anda dan pasangan lakukan sentiasa terasa tenang dan tidak terjadi berat sebelah. Jarang sekali menimbulkan rasa tidak puas hati antara pasangan, yang secara tidak langsung boleh mengheret ke pergaduhan seterusnya menjadikan perasaan "bahagia" semakin berkurang dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan sentiasa serasi, usah risau. Si dia mungkin jodoh anda!


#2 - Rindu
Sebut pasal rindu, ini adalah perkara wajib ada bagi pasangan bercinta. Seminit tidak bersua muka terasa seperti sejam, sejam terasa seperti sehari dan sehari terasa seperti sebulan. Bila bersamanya membuatkan anda rasa tenang, bahagia dan bebas tekanan. Tak perlu ulas lebih lanjut, jika si dia sudah jarang menghubungi anda seperti awal-awal bercinta, AWAS!! Ini mungkin petanda awal si dia bakal dicaras pesaing anda.

#3 - Terima Seadanya
Di awal percintaan mungkin terlalu banyak rahsia antara anda kerana masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Hari silih berganti, pasti banyak perkara dikongsi... Mungkin sebelum ini, si dia tidak pernah melihat muka anda selebet baru lepas bangun tidur, tidak pernah melihat muka anda ketika demam atau sakit teruk. Tetapi jika dia masih kental menerima dan menyayangi anda setelah melihat diri atau perangai sebenar anda.. Ini satu berita baik, jika sebaliknya.... Hmm hati-hati dengan pasangan seperti ini, kerana jelas si dia tidak ikhlas mencintai anda, mungkin sekadar mengisi masa lapangnya sahaja. 

#4 - Rahsia 
Seringkali kita terlalu berat ingin menceritakan rahsia kita pada sesiapa pun, nama pun rahsia kan. Tetapi jika kita rasa amat selesa dan rasa selamat bila berkongsi rahsia-rahsia berat dengan si dia. Sah!!! Dia mungkin jodoh anda yang tepat.

#5 - Sentiasa Bersama
Maksud sentiasa bersama adalah dikala anda menghadapi perkara sukar di dalam hidup, si dia adalah orang pertama yang akan menjadi penyelamat anda dari situasi tersebut. Dia sentiasa ada dikala suka dan duka anda. Jadi renung-renungkan lah adakah pasangan anda orang pertama yang hadir disaat anda ditimpa kesusahan atau musibah? Adakah dia sentiasa menjadi penenang anda dikala perasaan anda berbaur duka. Jika benar, tak musykil lagi dia benar-benar sayangkan anda dan akan sentiasa menjadi pelindung anda hingga hujung hayat.

Jadi adakah kelima-lima tanda-tanda diatas ada pada pasangan anda? Jika ada, anda mampu menarik nafas lega dan sudah boleh merancang untuk menempah pelamin. - CARI Infonet.


14

Bagus
24

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.237010 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top