CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukar Pasarkan Ikan Keli Bersaiz Besar

15-1-2015 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19283| Komen: 71

Sukar Pasarkan Ikan Keli Bersaiz Besar

Zahari menunjukkan ikan keli bersaiz besar yang diternaknya.

SEBERANG TAKIR - Seorang pengusaha ikan keli, Zahari Ngah kini berdepan kesukaran untuk menjual hasil ternakannya itu berikutan saiznya yang terlalu besar sehingga boleh mencecah hampir dua kilogram seekor.

Menurut Zahari, pengusaha restoran kurang minat membeli ikan keli yang saiznya besar memandangkan isinya dikatakan agak liat.

“Kebiasaannya ikan keli sudah dapat dijual dalam tempoh antara tiga bulan, namun disebabkan permintaan yang kurang saya memilih untuk terus menternak dengan harapan ia dapat dijual kepada pengusaha kolam pancing dan penyelidik institut pengajian tinggi (IPT) untuk buat kajian mengenai ikan tersebut.


“Hanya pilihan itu sahajalah yang ada untuk saya menjual ikan berkenaan memandangkan pengusaha kedai makan tidak berminat dengan ikan keli bersaiz besar,” katanya yang juga seorang nelayan.


Katanya lagi, dia mengusahakan ternakan ikan keli secara dalam kolam di kawasan rumahnya di Kampung Teluk Ketapang sejak Julai tahun lalu bagi mengisi waktu serta menambah pendapatan setiap kali musim tengkujuh apabila tidak dapat turun ke laut.

“Saya berharap agar ikan keli yang diusahakan ini akan dapat dijual segera memandangkan saiznya yang kian membesar,” katanya yang turut menternak ikan tilapia secara dalam kolam.

Zahari berkata, harga pasaran ikan keli ketika ini antara RM6 dan RM7 sekilogram.

10

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melia_star 15-1-2015 10:40 AM
aku suka keli....kalu besar sket lagi aku suka...yg ada skrg kecik2 jer....tp masalah keli yg besar ni kalu nk grg kene pakai minyak byk....yelah sbb panjang kan sizenyer....dilema keli betullah.....
Quote kordi 15-1-2015 10:55 AM
keli memang favourite aku
kalau size kecil x puas makan
yang size terlalu besar x berapa sedap pulak..
sederhana besar ok
Quote TuntungReturn 15-1-2015 10:56 AM
nk sedap ikan keli bgk mkn usus ayam.
Quote zach2008 15-1-2015 11:01 AM
Ternak la yg kecik pakcik...
Dah tau org ak nak beli yg besar.
Quote musangcomel 15-1-2015 11:06 AM
besar2 mmg la takde org nak mkn
ikan keli besar ni buat aku teringat ikan keli kat kolam pancing
beratnya ada yg sampai 10kg
apa kata pakcik jual ikan keli besar tu kat pengusaha kolam pancing
diorg suka letak ikan besar2 ni kat kolam
boleh wat game mancing
Quote PongKang 15-1-2015 11:09 AM
Sedekah kat jiran tetangga la
Quote pehbedah 15-1-2015 11:12 AM
aku suka keli masak cili hijau..suka yg kecik ..goreng rangup sikit...rata2 suka yg kecik..ada org tak pernah makan ikan keli..dia kata kepala ikan ni macam ular..so dia geli nak makan..aku punya tekak ok saja
Quote kumbang7 15-1-2015 11:12 AM
bela je lah..tgk boleh besar setakat mana
Quote Anak_Nogori 15-1-2015 11:19 AM
Salai kasi jual lah cara runcit.
Quote solstice 15-1-2015 11:30 AM
Ikan keli besar memang x sedap
Liat
yg saiz sedang2 tu sedap
Rangup bila di goreng
Quote kenarikelabu 15-1-2015 11:36 AM
Try buat otak2 la pakcik, pastu jual....keli besar kan, msti byk isi
Quote bellaa 15-1-2015 11:40 AM
Bapak besar keli dia
Quote stars83 15-1-2015 11:44 AM
cer pakcik salai ikan2 keli tu.mesti byk pmintaan..aku suka je mkai keli salai.kadang kalo dh jemu mkn lauk ayam,daging,memang aku cari ikan salai.buat sup,mkan panas2 pun sedap..apatah lg kalo ikan salai dicicah dgn air asam..dia punya sedap,hanya org yg mkn je tau
Quote cekelatkopi 15-1-2015 11:45 AM
yg gedabak2 isi liat ni buat je serunding kering bang. pack elok2 pastu jual lagi.
Quote AbukRokok 15-1-2015 11:49 AM
TuntungReturn replied at 15-1-2015 10:56 AM
nk sedap ikan keli bgk mkn usus ayam.

bg bngkai babi lg sedap gemuk2
Quote prettyuglybabe 15-1-2015 12:03 PM
keli salai masak lemak taruk nangka muda
boleh gak letak petai (dgn kulit), jering, kulit rambai
kalu bersila makan tak bangkit
Quote LabuLabi69 15-1-2015 12:05 PM
ikan keli makanan kegemaran . tp kalau goreng stress sbb melekat2 lepastu tinggl tulang .. haihh
Quote mjla 15-1-2015 12:05 PM
Sedokah je pacit...

Murah rezeki nti...
Quote qronaldo7 15-1-2015 12:09 PM
kenarikelabu replied at 15-1-2015 11:36 AM
Try buat otak2 la pakcik, pastu jual....keli besar kan, msti byk isi

sedap ke uolss kalau ikan sungai ni

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.268624 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top