Perpustakan Monique Corriveau : Gereja Diubahsuai Menjadi Perpustakaan Di Quebec Di negara-negara barat semakin banyak gereja ditutup kerana kekurangan dana dan juga makmum yang datang untuk beribadah. Di negara Skandinavia banyak gereja lama diubahsuai menjadi rumah kediaman. Di Belanda ada Waanders In de Broerensebuah kedai buku yang dibina di dalam bekas katedral kurun ke 15. Hari ini mari kita ke Quebec, Kanada untuk melihat Perpustakan Monique Corriveau. Ianya dahulunya adalah gereja katolik St. Denys-du-Plateau yang dibina pada tahun 1964. Ianya siap diubahsuai menjadi perpustakaan pada tahun 2013. Namanya pula diambil dari Monique Corriveau, seorang penulis buku kanak-kanak yang berasal dari Quebec. Cara yang bagus untuk memperingati jasa seorang penulis. Better than giving Dato atau Tan Sri selepas seseorang itu sudah mati.
|
ADVERTISEMENT