CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jawi Tidak Jadi Keluar Waran Tangkap (Gadis Kpop)

21-1-2015 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12982| Komen: 98

Jawi Tidak Jadi Keluar Waran Tangkap (Gadis Kpop)




PETALING JAYA: Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF baru-baru ini mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu mStar Online, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

“Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka,” katanya.

Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Jawi sebelum ini telah membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 21-1-2015 09:00 AM
kalau peminat K-pop kena tangkap
yg peminat VVIP pelakon Hindustan pun patut kena
Quote cmf_kunyit 21-1-2015 09:04 AM
dabel stended la..
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:04 AM
R2D2 replied at 21-1-2015 09:00 AM
kalau peminat K-pop kena tangkap
yg peminat VVIP pelakon Hindustan pun patut kena

nasib baik ada VVIP peminat hindustan..kalau x..abis dah budak ni..
Quote noor2 21-1-2015 09:05 AM
Eh...awat????? Kata nak menegakkan islam?
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:06 AM

JAWI baru disedarkan oleh rakyat..
Quote famri7 21-1-2015 09:07 AM
Sudah mendapat wahyu ke sis?

Good riddance jawi.
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:07 AM
noor2 replied at 21-1-2015 09:05 AM
Eh...awat????? Kata nak menegakkan islam?

nanti kena tegakkan kak mah sekali plak..dengan jawi-jawi jadi bengkok nanti kalau nak tegakkan kak mah..
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:08 AM
famri7 replied at 21-1-2015 09:07 AM
Sudah mendapat wahyu ke sis?

Good riddance jawi.

xdinyatakan pula..tuhan turunkan wahyu pada siapa untuk batalkan niat mengeluarkan waran tu..
Quote fifie_olin 21-1-2015 09:08 AM
ntah ape2 la undang mesia ni....
Quote ultra78 21-1-2015 09:10 AM
suka betul tt

Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:10 AM
fifie_olin replied at 21-1-2015 09:08 AM
ntah ape2 la undang mesia ni....

undang-undang dia sangat umum..berkelakuan sumbang dikhalayak ramai..macam-macam perbuatan mereka boleh tangkap kalau mereka nak..dan macam-macam juga mereka boleh abaikan kalau mereka nak..

kena specifickan lah..apakah itu perbuatan sumbang dikhalayak ramai..
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:12 AM

mestilah suka..melihat gelagat lobai-lobai yang xtahu apa mereka sendiri wat..
Quote Bell 21-1-2015 09:12 AM
Kak Mah tak pakai tudung. so tak boleh tgkap. Budak2 ni semua pakai tudung yg menjadi imej islam. katanya laa.

Quote arida87 21-1-2015 09:13 AM
UNDANG2 RIMBA CM GINI LA
Quote offwhite 21-1-2015 09:15 AM
bole la penganjur jemput kpop lg...bole peluk2...cium2 lg....
Quote noor2 21-1-2015 09:15 AM
ResellerMaxis replied at 21-1-2015 09:07 AM
nanti kena tegakkan kak mah sekali plak..dengan jawi-jawi jadi bengkok nanti kalau nak tegakkan ka ...

I rasa depa tak mampu nak jalankan tindakan kat retis. ..hihi..sebab depa pun memuja..

Kat kak mah...berani buatla...
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:16 AM
offwhite replied at 21-1-2015 09:15 AM
bole la penganjur jemput kpop lg...bole peluk2...cium2 lg....

bukan setakat artis kpop jer..kita pun dah boleh usha budak-budak sekolah n peluk cium mereka macam ni.. kpop kafir lahanat boleh buat pada awek awek bertudung..xkan kita xboleh.. tapi jangan main lah..nanti dikira merogol..seks bawah 18..
Quote ResellerMaxis 21-1-2015 09:18 AM
noor2 replied at 21-1-2015 09:15 AM
I rasa depa tak mampu nak jalankan tindakan kat retis. ..hihi..sebab depa pun memuja..

Kat kak  ...

xpun kak mah dah mewakili najib untuk call jawi..kita tunggu next perhimpunan agung umno..nanti najib bagitahu lah lagi jasa-jasa kak mah membuat panggilan telefon..i yakin kak mah ada buat panggilan telefon ke jawi untuk menyelamatkan budak-budak ni..
Quote AMDTurion 21-1-2015 09:20 AM
Haha. Sampai masa dah mesia buang title negara islam ni. Mula2 kekang mana2 kuasa jabatan agama yg menyentuh ahkak pink. Pastu bubarkan baitulmal agar puak2 bukan islam yg bising2 nak gunakan duit zakat tu supaya mereka ni diam. Pastu munturi2 beeend lehlah gunakan duit tu utk berpoya-poya. Mesti ramai rakyat kat mesia ni suka. Ah! Lagi satu leh convert suma masjid jd kuil ker churh ker apa2lah. Ahkak pink boleh katanya.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top