Bandaraya Shah Alam Akan Menjadi Kota Islamik
Bagaimanapun Zaharin berkata, pada masa sama kepentingan kaum dan agama lain juga tidak boleh diketepikan dalam usaha menjadikan Shah Alam bandar bertaraf antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang. "Kota Islamik ini bagus tetapi oleh kerana di Shah Alam ini masih ada lagi rakyat berbilang kaum kita tak boleh ketepikan kaum lain. "Saya tak nampak setakat ini tumpuan yang diberikan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) untuk menjadikan bandaraya Shah Alam sebagai kota Islamik tetapi usaha untuk meningkatkan syiar Islam itu memang ada," katanya pada sidang media selepas angkat sumpah pelantikan Datuk Bandar Shah Alam di Wisma MBSA, hari ini. – 20 Januari, 2015 |
ADVERTISEMENT