Penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani sekali lagi mengkritik kerajaan dibawah pimpinan Jokowi secara terbuka laman twitternya. Sebelum ini Ahmad Dhani pernah lantang mengkritik keputusan kerajaan Indonesia menghapuskan sistem tambah murah. Kali ini, dia dengan lantang menuding jadi kepada kerajaan Indonesia yang masih mengenakan kadar tol untuk laluan yang sesak. Jakarta sebagai mana yang terkenal dengan kepadatan penduduk, sememangnya tidak lari daripada masalah kesesakan lalulintas. Mungkin itu yang dialami oleh Ahmad Dhani setiap hari membuatnya muak dengan keadaan yang tidak berubah.
“Kalo pemerintah waras.. tol macet, gak usah ada bayar tol.. kita bayar tol bukan untuk macet. Pemerintah dzalim membiarkan rakyat bayar tol tapi macet..,” seperti dipetik menerusi tulisan Ahmad Dhani di akaun Twitternya. Secara ringkas, Ahmad Dhani memang dilihat secara terang-terangan tidak mempunyai hubungan baik dengan pemerintah Jokowi. Ini kerana suami kepada Mulan Jameela ini, terkenal pro kepada Prabowo Subianto, saingan utama Jokowi pada pemiliham dewak perwakilan rakyat 2014. |
ADVERTISEMENT