CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zamani Maafkan Penyebar Rakaman

26-1-2015 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12541| Komen: 93

Zamani maafkan penyebar rakaman



PENYANYI, Zamani Slam dilaporkan telah memaafkan individu yang menyebarkan videonya menyanyi semasa bergari dan menjadi viral di laman sosial sejak Rabu lalu, lapor sebuah portal.

Memetik laporan itu, abang pelantun lagu Gerimis Mengundang itu, Zulfazli Ibrahim berkata, Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan dan meminta agar perkara itu tidak dipanjangkan.

"Dia sendiri yang minta agar isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu itu. Saya dan keluarga akur dengan permintaan itu. Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan.

"Saya tahu berkenaan penahanan dan video itu hanya selepas dimaklumkan rakan,” katanya selepas melawat Zamani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

Sebelum ini, video berdurasi satu minit 23 saat itu menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.


Akui terkilan dengan perlakuan individu tersebut namun Zulfazli tetap berbangga dengan tindakan adiknya yang sudi memaafkan orang lain.

"Saya agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan dia kerana dalam keadaan menghadapi kes ini pun, dia tetap sudi memaafkan orang yang bertindak begitu," katanya.

Peguam Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar memberitahu kes anak guamnya itu akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa depan.

Sementara itu, pengurus peribadi Zamani, Johan Aziz memberitahu, penyanyi itu meminta agar video tersebut dipadamkan demi menjaga kepentingan semua pihak.

“Zamani telah menyatakan kemaafan kepada pihak yang merakam video viral itu dan beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara tersebut.

“Beliau juga meminta agar video itu dipadamkan demi menjaga kepentingan semua pihak. Saya harap kita semua menghormati keputusan Zamani,” katanya yang dipetik melalui laman Facebooknya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Zamani berada dalam keadaan sihat dan mendapat layanan yang baik oleh pihak polis.

“Terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan kami berjumpa Zamani. Alhamdulillah dia dalam keadaan sihat dan diberi layanan yang baik oleh pihak polis,” katanya.

2

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 23-1-2015 11:34 PM
Dia ni kaya jugakkan.tapi bila tgk kurus sgt plus terlibat dadah trus berubah persepsi seolah2 miskin mcm penagih lain.harap dia berubah lah.nampak muka baik2 je.
Quote magnus 23-1-2015 11:47 PM
Bwk bwkla berenti mendadah tu...
Quote Ferr_Remy 24-1-2015 12:05 AM
Maap ke x ker.. SOP tetap SOP.. harap hukuman setimpal buat polis yg merekod dan menyebarkan video ni.. takut lain kali diorg buat lagik
Quote vandergooh 24-1-2015 12:30 AM
zamani ni bila tengok dia jenis species lurus bendul... orang suruh apapun dia buat... species budak baik sebenarnya..
Quote Felycya 24-1-2015 02:03 AM
Zamani ni dr dulu mmg bersifat pemaaf orangnye, org bt dy mcm mcm kot, tp dy cool n steady je, maafkn je,
last last hdup dy jadi mcm ni, rugi je, suara sedap, rupe pn ok, terlalu ikutkn rasa kecewa akhirnye silap pilih jalan memakan diri.
Quote SoalanSaye 24-1-2015 07:16 AM
Felycya replied at 24-1-2015 02:03 AM
Zamani ni dr dulu mmg bersifat pemaaf orangnye, org bt dy mcm mcm kot, tp dy cool n steady je, maafk ...

aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tinggal. org buli pn dia wat bodo je. time ni dlu aku dok asrama. satu ari tu aku tgk dia dpt elaun, pastu aku ajak dia gi karoke 3 ptg siap ponteng kelas lagi, aku pujuk2 manis konon nk jd geng dia padahal nk karoke je. dia ni org susah, dok asrama berpisah ngan keluarga sbb nk menimba ilmu, ada kwn pun asyik kena buli, tp xsedar diri nk belanja aku. mmg la aku ni bijak kan hahahahahahah!!! aku suruh dia belanja aku ngan sorang lg kawan aku yg mmg satu kepala hotak ngan aku. dia punya bodo dia gi turutkan je (belanja aku ngn kwn aku karok). pastu lps abis karok, aku buli dia. keesokkan harinya pengetua kolej panggil dia  msuk opis tanya apasal budak tu xdtg kelas smlm, sbb sblum ni selama lbih kurang 9 bulan dia xpnh ponteng kelas. time ni pengetua xpanggil aku sbb aku lain2 kelas, aku lebih junior dr dia tp dia lebih bodoh. pastu dia punya bodoh dia cakap kt pengetua yg aku ajak dia gi karok kol 3 pagi, habis nama aku ngan kwn baik aku kena petik, masuk opis sekali. pastu aku terangkan la ckp budak tu bohong sbb mmg aku karok 3ptg. pengetua tu tahu budak tu tersalah ckp tp pengetua tu wat xtau je n terus marah budak tu.hahahahahah.... pengetua pn nyampah ngan dia sbb dia bodo sgt. n pengetua lebih marah dia sebb dia ni nmpk bodoh, siap nangis cam budak2 umur 12 tahun. aku ngan kwn aku rileks jer. pastu balik dorm aku xbelasah dia, tp aku buli dia kaw2. dah la kena marah sampai nangis, kena buli, duit elaun habis, pastu mak bapak kena panggil siap masuk asrama lg marah budak tu dpn kawan2 aku yg lain.
pastu keesokan hariny lg aku tgh happy2 hari minggu, sambut birthday sorang kwn aku yg lain siap baling2 tepung, telur semua. pastu karok ramai2 ngan budak2 perempuan bergomol kesedapan ada la dlm 7 org dlm satu bilik VIP sama2 (duit tong2), budak lelaki majoriti dah minum club 99 mabuk2 siap bawak kek bagai. habis kena marah ngn tukang jaga bilik karok tu sbb kotor. kitorang gelak je, janji enjoy..

kemudian pas abis parti aku pun balik asrama ngan penuh girang, tiba2 tgk budak tu kena tengking ngan bapak dia siap nangis2. orang lain tgh happy, dia tgh sedih2. haahaha... kesian dia kan. malang betul jd budak lurus bendul ni. ibarat jatuh ditimpa tangga, dah ditimpa tangga terpijak lak taik, dah terpijak taik tong cat lak jatuh kena muka. pastu xpernah belajar dr kesilapan.

dia ni bukan baik sgt pun, aku ajak hisap rokok dia hisap gak. aku ajak hisap dadah dia hisap gak. pastu bila dah campur ngna aku sembahyang terus tinggal. last2 jd cam zamani slam la (kot) tp aku percyaa zamani bijak sket. citer lama dah. skrg dah kurang buat kejra2 jahat. pehhh, kenangan manis bai... rindu btul

Quote SoalanSaye 24-1-2015 07:20 AM
dah la bodoh, umur dah nak masuk 20 an (time tu) tp membaca pn xreti. nk balas mesej awek pn mintak tolong aku cmane nak eja. hahahahahah....
Quote SoalanSaye 24-1-2015 07:34 AM
paling lawak tu dia pnh kena game ngan aku. dia mntk aku tlg reply mesaj awek dia campur bahasa inggeris sket, tp  aku balas mesej kt awek dia ckp soh hisap kote budak tu tanda cinta sejati. hhhhhhhhhhahahaahahahahhhhhhhh!!!!!
Quote lyricko 24-1-2015 07:56 AM
SoalanSaye replied at 24-1-2015 07:34 AM
paling lawak tu dia pnh kena game ngan aku. dia mntk aku tlg reply mesaj awek dia campur bahasa ingg ...

Siot je enko nie...mbuli org...haha
Quote artcrime 24-1-2015 08:02 AM
SoalanSaye replied at 24-1-2015 07:16 AM
aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tin ...

sekarang ko jadi ape? Cube cite masa sekarang.. ape kau buat semua pulak.
Quote rospinki 24-1-2015 08:04 AM
vandergooh replied at 24-1-2015 12:30 AM
zamani ni bila tengok dia jenis species lurus bendul... orang suruh apapun dia buat... species budak ...

tu psal org tua pesan baik berpada2..karang makan hati mcm zamani makan diri.
Quote rospinki 24-1-2015 08:05 AM
bangga bdak sorg tu citer buli bdak lurus bendul..dpt kat aku time tu mau jadi lauk
Quote batmana 24-1-2015 08:19 AM
SoalanSaye replied at 24-1-2015 07:16 AM
aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tin ...

Hidup ni umpama Roda..apa benda buruk yg ko buat kt org.. Nnti dibalas balik.. Tk kt ko.. Kt anak ko.. Kt mak ko.. Kt bini ko..

Tgkla nnti..

Lainla ko idup sorg2 mereput smpai mampus..
Quote eizarz 24-1-2015 08:51 AM
SoalanSaye replied at 24-1-2015 07:16 AM
aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tin ...

harap2 ko terima balasan yg setimpal nanti...masa tu baru ko tahu langit tinggi ke rendah...
Quote eizarz 24-1-2015 08:52 AM
SoalanSaye replied at 24-1-2015 07:16 AM
aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tin ...

harap2 ko terima balasan yg setimpal nanti...masa tu baru ko tahu langit tinggi ke rendah...
Quote eizarz 24-1-2015 08:53 AM
SoalanSaye replied at 24-1-2015 07:16 AM
aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tin ...

harap2 ko terima balasan yg setimpal nanti...masa tu baru ko tahu langit tinggi ke rendah...
Quote poyohabis 24-1-2015 09:07 AM
batmana replied at 24-1-2015 08:19 AM
Hidup ni umpama Roda..apa benda buruk yg ko buat kt org.. Nnti dibalas balik.. Tk kt ko.. Kt anak  ...

Betul tu hidup ni umpama roda.. Dia bangga rosakkan budak yg baik lurus bendol mcm tu.. Nanti dia ada anak cucu kn mcm tu baru tau..

Nak ckp bab2 buli ni member2 sek aku ada gak tp bukan kn buli satu group ni mmg x la nakal sgt tp ms sek dia org dah start hisap gam mmg dia org mengaku isap n nak behenti tp x lepas skrg ni dah sama standard zamani ni la isap ganjar,heroin n apa2 tah tp dia org tetap satu group gak lg.. N dia org ni buat bisness car wash, kedai makanan sian,kedai runcit n workshop.. Bini pon masing2 lebih dr seorg kira berpoligami la.. Cuma sian kat anak2 coz org mcm pulaukan anak2 pdhal anak2 x salah.. Tp bisnes maju je..bak kata kawan aku upgrade segala2nya deme ni...
Quote noor2 24-1-2015 09:13 AM
artcrime replied at 24-1-2015 08:02 AM
sekarang ko jadi ape? Cube cite masa sekarang.. ape kau buat semua pulak.


Orang bodo ja bangga cerita buli orang tu orang ni....bangga citer hasut orang hisap rokok...ajak orang hisap dadah...40x bodo
Quote Kerêta_Angin 24-1-2015 09:16 AM
SoalanSaye posted on 23-1-2015 11:16 PM
aku caye manusia prngai camni mmg wujud sbb aku pnh ade jmpe budak camni dulu. sembahyang xpnh tin ...

ish ish panjangnye...

awak demam ker

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062350 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top