CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Perkara Yang Buat Kamu Masih 'Single'

26-1-2015 03:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4783| Komen: 6

Oleh Fyruz

Tengok newsfeed facebook, semua cerita mengenai anak rakan anda, instagram pun sama. Eh geram lah! Umur semakin bertambah, namun hidup masih lagi sendiri. Nak lagi pedas, kalau ada orang ajukan dengan soalan 'Bila mahu kahwin?'. seakan biasa pula soalan itu meniti di bibir anda.

Runsing tak? Anda rasa peniing kepala tak fikirkan, mengapa masih kamu sendiri? Bukan kamu tiada rupa, tapi kenapa bila mahu memulakan sesuatu hubungan itu seperti tidak kena dengan kamu. Mungkin ada antara hal yang kita tidak sedar, membuatkan kita sampai sekarang 'single' jom lihat.

1. 'Standard' yang terlalu tinggi

Standard sememangnya perlu juga bukan main sauk aja bak kata orang, namun pernah tak terlintas difikiran anda 'standard' anda untuk kekasih hati terlalu tinggi? Kadang kala seperti tidak berpijak dibumi pun ada. 

Antaranya, anda memang mahu pasangan anda muka seperti Edward Cullen ataupun paling tidak pun seperti Zul Arriffin. Bukan mahu mengata tapi agak berangan juga lah jika anda menetapkan ciri-ciri sebegini. Memang tak salah jika kamu idamkan ciri sebegitu, namun jika kamu tetap teguh tanpa sesekali mahu mengubah ciri kamu itu, sampai ke tua lah sudahnya bersendiri. 

Setiap manusiakan dicipta tuhan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada, jika kamu menuntut pasangan kamu sempurna, kamu harus cermin dulu diri kamu. jangan sampai kamu tidak pernah jumpa ciri-ciri yang diidamkan hanya kerana kamu ciri-ciri itu tidak wujud.

2. Tidak Reti Bergaul

Skil bergaul juga penentu kamu mempunyai kekasih hati atau tidak. Ini kerana, jika kamu seorang peramah, peluang untuk kamu berjumpa dengan seseorang yang diidamkan lebih besar daripada kamu yang jenis pemalu. Bayangkan, kamu terlalu pemalu dan kamu hanya bergaul dengan kawan-kawan sekeliling kamu sahaja. jangan biarkan kamu menjadi pasif, disaat muda remaja ini lah, kita perlu mencari banyak teman agar kita mudah melihat sifat dan ragam dari pelbagai manusia. Selamat mencuba!

3. Tidak 'up-to-date'

Kalau wajah sahaja cantik bukan jaminan untuk mendapat kekasih jika kamu selekeh dan selebet. Sesekali cuba perhatikan penampilan kamu, adakah kamu kategori berfesyen ataupun kamu jenis tak kisah mengenai fesyen?.

Walaupun kamu tidak mempunyai kekasih sekarang, amatlah penting kamu jaga penampilan kamu untuk memancing mata memandang.Bukan kata LadyLista suruh kamu berhabis beribu ringgit untuk kelihatan 'up-to-date', cukup dengan kelihatan kemas. Jika kamu sentiasa guna tudung cara sama, sesekali apa kata cuba stail lain.

4. Masih Dengan Kenangan Lalu

Mungkin kamu masih terperangkap dengan kenangan lalu yang sentiasa tidak pernah lupa dari ingatan. Ingatlah bahawa, kenangan lalu hanya tingal sebagai kenangan. Mengapa kamu sukar nak lupakan? Kerana kamu tanpa sedar memberitahu hati untuk tidak melupakannya. Apa kata anda memberi peluang untuk diri anda berkenalan dengan orang baru dan cipta kenangan yang masih belum terjadi. Mungkin bakal jadi yang terindah!

5. Fokus Dengan Pekerjaan

Memang ada tau, seseorang yang terlalu fokus dengan pekerjaan sehingga suatu ketika dia lupa dia perlu mencari pasangan. Tahu-tahu sahaja usia sudah menjangkau ke angka 30. Fokus dalam sesuatu pekerjaan ini memang bagus namun, kehidupan sosial kamu juga perlu seimbang. jangan nanti kamu digelar. Andartu!
21

Bagus
20

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote LuLu^Lost 21-7-2015 09:20 PM
6. Fobia - jenis perguna kelebihan perempuan.

Saja tambah lauk. Haha. Saya perempuan, jadi saya tambah mengikut kejadian yang kerap berlaku pada jantina saya la. Jenis ni ada, cuma tak tau kuantiti berapa ramai yg masih wujud. Jenis semua kemewahan dapat dari perempuan. Perempuan tu plak jenis takut lelaki tinggalkan dia. Jadi bagi la apa yg ada... yg lelaki plak rasa mcm "org mengantuk disorongkan bantal" plak. Apa lagi sapuuu. Haih...tak buleh le teman ciri gini. Hehe. Saya suka ciri ta ...
Quote BungaTepiMeja 28-1-2015 09:33 PM
ajunara: ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh i ...
harapnye lah... Bunga pun slalu jumpe yang ckp xnak standard... tapi rupenyeee.... bgus lah awk dah kawin
Quote budak_gemuk91 28-1-2015 05:12 PM
ajunara: ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh i ...
sokong tp aku xstandart...hehehe
Quote tengah_bosan 27-1-2015 03:36 PM
ajunara: ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh i ...
hahahahhaa. i loike~ betul. jodoh itu ditangan Allah. :D
Quote ajunara 27-1-2015 12:59 PM
ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh itu di tangan Allah...berdoa la selalu padaNya...insya Allah..
Quote BungaTepiMeja 27-1-2015 09:45 AM
dah memang pemalu.. huhuu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.034285 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top