CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati Penipuan Jualan Murah Menjelang Cny

27-1-2015 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10672| Komen: 75

Hati-Hati Penipuan Jualan Murah Menjelang Cny

Gambar hiasan


Menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi banyak pusat dan gedung beli-belah membuat jualan murah dan potongan harga sehingga 70 peratus.

Para pengguna terutama golongan wanita yang gemar berbelanja atau menunggu jualan murah, inilah masa yang ditunggu-tunggu.

Mata siapa yang tidak tertarik jika harga kasut ditawarkan sebanyak RM1.10 sekiranya membuat pembelian kedua.

Baju-T pula dijual sebanyak RM30 untuk dua helai atau pembelian kedua pakaian diberikan potongan sehingga 50 peratus.

Menarik bukan kerana tawaran itu cukup murah.

Persoalannya adalah harga-harga barangan itu benar-benar murah?

Atau taktik jualan murah itu sekadar mahu mengaut keuntungan dan menghabiskan stok.

Tinjauan MalaysiaGazette di pusat beli-belah di sekitar Ampang dan Setapak mendapati hampir kesemua peniaga menggunakan taktik sama.

Contohnya di sebuah gedung beli-belah di Setapak, sebuah kedai kasut menawarkan harga RM1.10 bagi pembelian kasut kedua tetapi harga jualan kasut yang ditawarkan mencecah ratusan ringgit.

Kasut berkenaan bukan berjenama, sekadar menggunakan kulit getah dan imitasi seperti pvc (poly vinil choloride).

Dengan lambakan kasut dari negara China, harga kasut tidak berjenama sehingga mencecah ratusan ringgit sebenarnya mahal kerana harga sepasang kasut wanita berkulit haiwan pun sudah boleh dibeli pada harga RM150 ke atas.

Melihat kasut berkenaan, kesimpulannya mudah. Pengguna ditawarkan pembelian kasut kedua pada harga murah tetapi hakikatnya harga itu sudah pun dikira pada pembelian pertama.

Tinjauan dibuat di sebuah kedai pakaian berjenama di gedung beli-belah yang sama mendapati ia menawarkan jualan sehingga 70 peratus kerana ia akan berpindah.

Tertarik dengan tawaran itu, penulis meneliti sehelai skirt yang ditawarkan pada harga RM99.90 dan selepas potongan, harganya dalam lingkungan RM30.

Selepas dibelek, skirt berkenaan bukan sahaja sudah lusuh tetapi mempunyai tompok-tompok kuning.

Lantaran itu, para pengguna perlu berhati-hati dengan tawaran hebat bagi memastikan nilai wang yang dibelanjakan setimpal dengan kualiti barang yang dibeli.

Dalam tinjauan di sebuah pasar raya besar di Ampang pula mendapati banyak peniaga menggunakan taktik jualan dalam bentuk pek.

Katakanlah sepasang stokin dijual pada harga RM8.99 tetapi peniaga menjual dua pasang stokin dalam satu pek pada harga RM17.90.

Memanglah daripada mata kasar pengguna mendapat penjimatan sebanyak lapan sen tetapi sebenarnya peniaga memaksa pengguna mengeluarkan duit lebih.

Keghairahan pengguna tempatan yang pantang melihat harga runtuh peniaga semakin kreatif melakukan pelbagai penipuan untuk melariskan jualan mereka.

Sehubungan itu, berhati-hatilah ketika berbelanja dan elakkan pembaziran supaya menjadi pengguna berhemah.

9

Bagus
21

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlueEagle 26-1-2015 04:01 PM
Setiap kali ada jualan murah dan perayaan nih  setiap kali tu arr ada kes menipu nih sebenarnya....
Quote mattzzx 26-1-2015 04:06 PM
Walau apa perayaan sekali pun orang melayu lah jaguh dalam membeli belah...
Quote Knowlee 26-1-2015 04:09 PM
ai selalu time takde sale, ai akan survey semua harga (baju, kasut, handbag, seluar). lepas tu bila start sale, ai tengok balik betul ke harga lagi murah atau dia naikkan harga. ada yg betul, dia turunkan harga. ada yg naikkan harga, after discount, harga turun kepada harga asal, atau mahal sediki drpd harga asal.

mereka gunakan 70%, 80%, 90% untuk mempengaruhi minda pengguna.
Quote zafira 26-1-2015 04:11 PM
mattzzx replied at 26-1-2015 04:06 PM
Walau apa perayaan sekali pun orang melayu lah jaguh dalam membeli belah...

yang part ni memang 100 percent aku sokong.... cubalah pi tengok kat sogo tu for instance... rata2 orang melayu sampai aku pun terikut2...
Quote bulalof 26-1-2015 04:15 PM
Nilai ringgit jatuh pun masih ramai yg berbelanja....
Quote AbukRokok 26-1-2015 04:19 PM
bulalof replied at 26-1-2015 04:15 PM
Nilai ringgit jatuh pun masih ramai yg berbelanja....

rakyat skrg kan dah mempunyai lebih banyak wang selepas minyak jatuh. sebab itulah ini juga masa yg tepat utk melaksanakan gst kata Najib Anak Lelaki Razak

Quote spiderman80 26-1-2015 04:19 PM
Kepada semua forummer Ci berbangsa Cina lahanat kiasu, Spidey ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fatt Chai.
Quote annehuda 26-1-2015 04:20 PM
Contohnya di sebuah gedung beli-belah di Setapak, sebuah kedai kasut menawarkan harga RM1.10 bagi pembelian kasut kedua tetapi harga jualan kasut yang ditawarkan mencecah ratusan ringgit.


ni kedai kasut verns. hari tu pun ade buat offer buy 1 free 1 tp byr ikut harga kasut yg lg tinggi la
Quote mattzzx 26-1-2015 04:25 PM
zafira replied at 26-1-2015 04:11 PM
yang part ni memang 100 percent aku sokong.... cubalah pi tengok kat sogo tu for instance... rata2 ...

Yang kau terikut ikut tu apa pasal? kauu juga yang abis duit....hehehe

Quote ren0_0 26-1-2015 04:30 PM
aku nak tengok sales kat super market. tine CNY ni Dynamo murah.
Quote Munnalicious 26-1-2015 04:33 PM
spiderman80 replied at 26-1-2015 04:19 PM
Kepada semua forummer Ci berbangsa Cina lahanat kiasu, Spidey ingin mengambil kesempatan ini untuk m ...

Kadang2 pakcik spider ni kuat sentap kan. Mengata diri dan bangsa sendiri padahal kiasan nak perli org. Ekekeke. Siannn~

BTW gong xi fa cai pakcik spider. Tahun ni raya tanpa puan botakchinpeng kaH?
Quote arira_arora 26-1-2015 04:35 PM
mattzzx replied at 26-1-2015 04:06 PM
Walau apa perayaan sekali pun orang melayu lah jaguh dalam membeli belah...

betol3,... supe la isu balik kg....
hahahahaaa...
Quote cikmi 26-1-2015 04:37 PM
aku dah serik pi jusco member sale...byk menipu...
dulu biasa gak aku pi...lps aku terkena, aku dah tak pi dh. sbbnya, aku usha harga before sale konon nk tg member sale...sekali masa member sale, dia up rega and konon ada diskaun gila2, dpt harga tu....harga konon diskaun tu sama je dgn rega aku tgk before sale...menipu tul..
Quote spiderman80 26-1-2015 04:40 PM
Munnalicious replied at 26-1-2015 04:33 PM
Kadang2 pakcik spider ni kuat sentap kan.  Mengata diri dan bangsa sendiri padahal kiasan nak pe ...

Sis, bukan sentap kah apa. Memang benar dan jujur Spidey cakap macam tu. Memang ada jer Cina lahanat.....dan golongan ultra kiasu macam tu lah yang menjadi sasaran Spidey.

Btw, Spidey masih muda dan belum kahwin lagi, jangan lah panggil Spidey pakcik. Yang ini Spidey benar-benar tersentap.
Quote sekel 26-1-2015 04:41 PM
mmg shopping centre kat Malaysia mmg penipu time buat SALE !!!!!!!!!!!!

Quote mattzzx 26-1-2015 04:42 PM
arira_arora replied at 26-1-2015 04:35 PM
betol3,... supe la isu balik kg....
hahahahaaa...

Habis siapa yang untung?

Quote Munnalicious 26-1-2015 04:44 PM
Jakel pon penipu kan? Ade plak harga designer ngan harga rakyat marhaen. Koser sangat. Aku beli kain aritu aku tipu je cakap designer suruh beli harga designer. Padan muka!

Kalau harga designer rm22 harga rakyat sampai 38. Koser sangat aih padahal kain-kain kau tu bukan best mna pon. Sama mcm nagoya gak aku tgk. Kamdar pon elok lg. Hish!
Quote arira_arora 26-1-2015 04:45 PM
mattzzx replied at 26-1-2015 04:42 PM
Habis siapa yang untung?

peniaga la yg untung....
Quote ResellerMaxis 26-1-2015 04:48 PM
Knowlee replied at 26-1-2015 04:09 PM
ai selalu time takde sale, ai akan survey semua harga (baju, kasut, handbag, seluar). lepas tu bila  ...

harga sales dekat tesco betul.. i baru terkena..beli mainan tanah liat wat ais krim tu..harga dia 74++..selang seminggu i lalu situ..cop harga dah tukar warna kuning (promosi)..jadi rm 40.00++ jer..start tu kalau nak beli barang kat tesco..i tengok tanda harga kuning jer..xde kuning xnak beli..nanti dia tukar color kuning..jauh beza harganya turun..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.200530 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top