CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Adik Kesal Mh370 Dijadikan Jenaka

27-1-2015 12:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9935| Komen: 40

Adik Kesal Mh370 Dijadikan Jenaka


WELLINGTON 26 Jan. – Adik kepada seorang lelaki New Zealand yang merupakan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 dilapor ‘meluat’ dengan tindakan peserta pertandingan ‘Tata Beach Titanic Cup’ yang membina replika pesawat MAS dalam pertandingan itu.

Malah lebih malang, peserta itu dinobatkan sebagai pemenang pertandingan perlumbaan bot kadbod tersebut yang juga menyediakan hadiah untuk ka-tegori bot karam paling dramatik.

Gambar yang disebarkan di Internet, memaparkan pesawat yang diperbuat daripada kadbod itu dimasukkan ke dalam laut semasa pertandingan tahunan yang diadakan di Golden Bay.

“Saya amat terperanjat. Kehilangan pesawat itu juga masih belum mencapai tempoh setahun. Apa perasaan mereka sekiranya ahli keluarga mereka ada di dalam pesawat itu?

“Peserta itu tidak sepatutnya menjadikan tragedi tersebut sebagai bahan jenaka,’’ kata wanita dari Christchurch, Sara Weeks sebagaimana lapor portal stuff.co.nz.

Abang Sara, Paul, 38, merupakan antara penumpang pesawat itu yang dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pereka replika pesawat itu, Robert Chubb tanpa rasa bersalah berkata, dia percaya, sudah cukup lama sejak tragedi membabitkan pesawat MH370 berlaku bagi orang ramai untuk melihat perkara melucukan berbanding mencari kesalahan.

“Para penonton beranggapan replika itu satu pameran yang baik.

“Tragedi MH370 merupakan satu peristiwa besar, sementara pertandingan ini hanya satu acara kecil-kecilan. Saya fikir orang ramai perlu melihat ironi dan unsur jenaka padanya,’’ kata Chubb.

Sementara itu, wakil pihak penganjur pertandingan, Dave Myall mengaku replika itu menggambarkan tentang bagaimana pesawat MH370 sedang tenggelam, namun ‘merit kesenian menjadi faktor di sebalik pemilihan Chubb sebagai pemenang’.

“Saya minta maaf setelah mendengar kekesalan Sara, namun pertandingan ini merupakan acara tempatan dan perlu diambil daripada konteks itu,’’ katanya.

1

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lululun 27-1-2015 09:13 AM
tragedi mcmni pun leh nak wat main2 kan. cuba kita wat lawak pasal tragedi depa. heh.
Quote applemy 27-1-2015 09:14 AM
Someone please make fun of haka dance.. tarian orang gila
Quote ais_kosong 27-1-2015 09:20 AM
cuba buat lawak pasal 11/9 tu
sah2 kata kita ni pengganas
Quote cik_tonggek 27-1-2015 09:20 AM
mat salih mmg moron
cube kalo sedara mara depa yg hilang mampos, siap pi jumpa psychiatrist
punya lah sedih dirundung malang
tang tragedy org lain pandai plak nak soh tgk dari sudut jenaka
Quote LabuLabi69 27-1-2015 09:22 AM
mat salleh mmg suka wat bende lawak cm ni . kalau jd kat kluarga diorng tau lak mengamok siap panggil peguam bagai if kene joke cm ni ... naharom !!
Quote Munnalicious 27-1-2015 09:35 AM
Mat salleh kan mmg bodoh sbb tu suka buat benda2 bodoh.
Quote clarizsa 27-1-2015 10:14 AM
jahatnya... buruk perangai... harap dorg mampus kna makan dgn Jaws...
Quote cikmi 27-1-2015 10:17 AM
cuba salah seorg mangsa tu dari kalangan famili dia...lucu ke tak
Quote nh83 27-1-2015 10:20 AM
nama pun omputih..nk heran apanya..aktiviti bodoh memanjang..
Quote Hessa 27-1-2015 10:25 AM
mat saleh2 ni kena belajar bersikap peka drpd christiano ronaldo lah..
Quote supernaturalee 27-1-2015 10:27 AM
mas please stand up and do something bout this
Quote AbukRokok 27-1-2015 10:34 AM
Sama je mat saleh ni dgn hacker ISIS cyber caliphate
Quote melia_star 27-1-2015 10:34 AM
kalu tgk video2 mat salleh kt youtube tu mmg terserlah kebangangngan abadi drg...ni one of the example bangang drg.....
Quote duquesne 27-1-2015 10:40 AM
Dia tak kena.. boleh la cakap macam-macam... cuba kena sekali... tengok dia hangin satu badan ke tak... takde empati langsung! $#%#%#^#^^$#%#%3
Quote delsmomm 27-1-2015 10:40 AM
try make fun of 9-11.. confirm sentap xingat..
Quote annehuda 27-1-2015 10:43 AM
freedom of speech katenye... ngata org boleh jgn ngata diorg tu mmg tak boleh. haktuih la
Quote ratu_bunga 27-1-2015 10:58 AM
ORG PUTIH NI GILA...!
Quote liyamariska 27-1-2015 11:02 AM
kebodohan kokesen...
Quote spiderman80 27-1-2015 11:04 AM
Tapi kokesen kan selama ini dipuja habis oleh ummah?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top