Manekineko : Pusat Karaoke Makanan Halal Lengkap Dengan Surau Di Jepun
Jumlah pelancong dari Indonesia dan Malaysia ke negara Jepun meningkat tahun lalu. Jadi pusat karaoke Manekineko di Tokyo menyediakan menu halal untuk pelanggan beragama Islam. Mereka juga turut menyediakan surau kecil untuk 4 orang di premis perniagaan mereka. Manekineko berharap usaha mereka ini akan menarik lebih banyak pelanggan beragama Islam. Sijil halal mereka mendapat pengesahan Malaysia Halal Corperation. Setiap pinggan mangkuk dan bekas makanan untuk pelanggan Islam dipisahkan dari set pinggan mangkuk lain bagi memastikan ia tidak tercemar. Inilah Jepun. Kalau dalam bab nak memberi customer satisfaction memang top class! Syabas Manekineko.
|
ADVERTISEMENT