CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Manfaatkan Pisang Untuk Kulit Wajah

27-1-2015 12:43 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1408| Komen: 0

Bagi wanita,menjaga diri itu memang sangat lah diutamakan, tak kira peringkat usia. Ini kerana ritual ini wajib bagi mengatasi masalah masalah kulit anda. Rawatlah kulit anda sebelum sampai masa sudah terlambat.

Tak payah pening, tak perlu keluar belanja banyak pun nak cantikkan kulit. Bahan semula jadi kan banyak, ye tak? Sebagai contoh penggunaan pisang. Tanpa kita sedar, pisang sangat elok khasiatnya untuk kulit dan maafaatnya yang baik untuk kesihatan wajah kita. Jom tengok antara khasiat pisang.

1. Mengatasi jerawat

Tanya la semua wanita, antara musuh pasti ada nama jerawat ini. Hampir semua wanita pernah berperang dengan masalah jerawat ini.Walaupun muka kamu sekarang bebas jerawat, tapi tolong la cegah ia sebelum ia kembali menyerang. Ala-ala seperti kita menyediakan benteng kukuh untuk terus hapus jerawat ini dari menyinggah. Caranya mudah, oleskan pisang yang telah masak, pastikan yang masak ya. Oles di bahagian wajah dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Petua ini elok jika anda buatnya secara rutin.



2. Mengawal minyak muka

Apabila muka kita sering berminyak, tentulah akan berjerawat. Untuk mengurangkan rembesan minyak di muka anda, anda boleh melakukan masker pisang seminggu sekali dengan campuran jus lemon atau madu. Ini kerana dalam pisang terdapat antara vitamin C dan E yang baik untuk mengawal minyak di muka anda.

3. Menghaluskan serta mencerah kulit wajah anda

Siapa yang tak tergila-gilakan kulit yang halus dan mulut. Semua pasti tak mahu kulit berkerak dan kusam bukan. Masker pisang dengan campuran madu dapat mengjindari masalah kulit kusam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.043496 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top