LadyLista - Teman lelaki Ariana Grande ini dahulunya pernah menjalinkan hubungan dengan artis GLEE, Naya Rivera. Hubungan kedua ini cukup serius sehinggakan keduanya merancang untuk menyatukan cinta mereka di alam perkahwinan. Namun semua itu gagal setelah Naya menuduh Big Sean mengambil jam mahal Roleh di rumahnya. Walaupun perkara ini terjadi April tahun lalu, tapi ia tidak membuat Big melupakan kejadian itu. Seperti yang dijelaskan Big dalam wawancara bersama majalah Complex, Big menyangkal:
"Pertama, mengapa saya harus mencuri jam Rolex? Kedua, setiap jam rolex yang saya miliki disertakan dengan kad untuk menjamin keasliannya. Saya tidak mencuri dari sesiapa," jelasnya.
Big juga menambah, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini dan beranggapan bekas kekasihnya itu cemburu dengannya. Dia juga tidak terkejut dengan hal ini. |
ADVERTISEMENT