Ibu Rakam Siri Foto Lucu Bersama Anaknya
JIKA ibu bapa lain mengabadikan foto keluarga mereka di studio, suri rumah merangkap jurugambar sambilan, Anna Angenend, 23, dari San Antonio, Texas punyai cara tersendiri untuk merakam gambar keluarganya.
Menjadikan rumahnya sebagai set, Anna telah merakam siri foto lucu yang dinamakan ‘Kehidupan Ibu’ dengan menjadikan anak perempuannya, Mia, 2, sebagai subjek utama.
Berkahwin pada usia 19 tahun, Anna dan suaminya, Ryan, menganggap Mia sebagai satu keajaiban dalam hidup mereka.
“Berada di rumah 24 jam sehari bersama-sama dengan anak kecil memberi begitu banyak inspirasi untuk saya.
“Sesi fotografi pertama yang saya lakukan begitu menyeronokkan, jadi saya terus melakukannya.
“Mia hanya melalui zaman kanak-kanaknya sekali sahaja dan saya mahu memberikan yang terbaik untuknya,” kata Anna.
Jom saksikan siri foto menarik yang dirakamkan oleh Anna di bawah ini..
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|