CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Jadi Kalau Lawan Jpj?

29-1-2015 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6665| Komen: 39

Apa Jadi Kalau Lawan Jpj?


KUCHING: Padah menimpa seorang penunggang motosikal yang nekad melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya apabila dia dirempuh sebuah kereta, semalam.


Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun dari Taman Penrissen itu semasa kejadian menunggang motosikal seorang diri menuju ke tempat kerjanya sekitar jam 8 pagi.

Bagaimanapun, sejurus tiba berdekatan pekan Batu 10, Jalan Puncak Borneo, lelaki itu dikatakan membuat pusingan ‘U’ secara terburu-buru apabila melihat beberapa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya.

“Dia (mangsa) mungkin cuba lari dari sekatan jalan raya kerana sanggup melawan arus sehingga sebuah kereta jenis Proton Iswara tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang ditungganginya.

“Impak rempuhan tersebut menyebabkan dia tercampak dari atas motosikalnya dan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun itu juga terbabas,” kata sumber.


Beberapa anggota paramedik dari Hospital Peringatan Rajah Charles Brooke bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.

Ekoran kecederaan yang dialaminya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Manakala, pemandu kereta Proton Iswara tersebut dilaporkan mengalami kecederaan ringan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helmiex 29-1-2015 10:37 AM
Kalau lawan jpj, kena langgar dapat sakit, kena saman







Quote kudajantan77 29-1-2015 10:41 AM
KPI 5,000++ orang mati terjejas ke tidak?
Quote duniaku85 29-1-2015 10:46 AM
itu bukan lawan jpj la
itu lawan arus okeh

msti trauma je org jpj ni
tiap kali roadblock je, msti ada kes eksiden
Quote AbukRokok 29-1-2015 10:51 AM
roadblok jpj antara penyumbang kemalangan.
Quote belilies 29-1-2015 10:51 AM
@helmiex @duniaku85 kalau rerasa ada buat salah, padanlah nak lari

@kudajantan77 statistik apa ni? kmalangan?
Quote belilies 29-1-2015 10:53 AM
@AbukRokok hmm.. ada ke arah itu juga. kang klua ayat magik tu nanti, yg pernah pemes suatu ketika dulu.
Quote robertocarbos 29-1-2015 10:58 AM
Selayaknye..
Quote belilies 29-1-2015 11:01 AM

betul.. org dah buat law ikut je lah. gamaknya dah takut sbb ada buat salah, pastu lari, lawan jalan lagilah buat salah.. eksiden, menyusahkan org yg dilanggar.
Quote zulka 29-1-2015 11:04 AM
yg JPJ ni pun satu, ada ke patut buat rodblok pepagi...dah tau org rushing nak gi keje...BongokKKK!!!
Quote belilies 29-1-2015 11:10 AM
zulka replied at 29-1-2015 03:04 AM
yg JPJ ni pun satu, ada ke patut buat rodblok pepagi...dah tau org rushing nak gi keje...BongokKKK!! ...

ada betulnya juga.. cuba buat masa org tak sangka akan buat. mcmni blh buat jalan bottleneck. slain tu, klu blh bantu2 lah sket kwl lalulintas masa jem.
Quote fredza 29-1-2015 11:22 AM
i pun pernah buat...
Quote belilies 29-1-2015 11:24 AM

buat yg mana? lawan jpj ke lawan arus? kenape?
Quote fredza 29-1-2015 11:25 AM
lawan arus....lesen x dak.. nasib jalan dalam taman
Quote Vellfire 29-1-2015 11:26 AM
now hari2 polis buat sekatan jalan raya
jpj pun... dorang byk tahan yg pakai motosikal
Quote belilies 29-1-2015 11:28 AM
ala abam baju pepel @fredza awat tak pakai basikal je, xyah lesen pun...
@Vellfire pening dah jln kat kch ni. blum lg sekatan jln raya, nak buat jalan lagi, jalan jem.. pening2. tambahan lg yg tak pandai ikut undang2 jln raya lagi haru.
Quote batmana 29-1-2015 11:30 AM
kene ada skill melawan arus..

xleh gabra..
Quote tungkai 29-1-2015 11:30 AM
Kalau camni nak claim insurans cemana? Insurans motor ke? Berapa sen la sangat. Tu pun kalau ada..
Quote fredza 29-1-2015 11:33 AM
@belilies mana larat nak kayuh beskat nak p taman ria...naik moto cepat sikit..lesen x dak x pa.. janji tau jalan2 cilok
Quote belilies 29-1-2015 11:36 AM
jadi @batmana & abam baju pepel @fredza blh kwn lah nih ada skill nak cilok2...

@tungkai anto emergency kerajaan sudah. bandage je mana2 yg luka. kot2 baring tu sbb lemah smangat sbb efek jumpa abam jpj blom hilang lg.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039738 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top