CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Belasah Ibu Gara-Gara Gatal Nak Bertunang!

30-1-2015 03:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14940| Komen: 108

Anak Belasah Ibu Gara-Gara Gatal Nak Bertunang!


Segamat: Hanya kerana tidak dapat menunaikan hasrat anak lelakinya untuk mendapatkan wang dan bertunang menyebabkan seorang ibu tunggal berusia 49 tahun dipukul di belakang badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M Anuar Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam di rumah mereka apabila anak sulungnya naik angin lalu memukul mangsa dengan tongkat aluminium digunakan wanita terbabit.

Menurutnya, anak lelaki mangsa berusia 26 tahun terus memukul ibunya selepas permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan selain mangsa juga enggan memenuhi keinginan suspek bertunang dengan gadis dalam kalangan ahli keluarga terdekat mereka yang turut menetap di daerah itu.

“Wanita itu memberi alasan wang RM300 yang diterima setiap bulan hasil bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat kerana statusnya sebagai ibu tunggal selain RM200 lagi yang diterima daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membayar sewa rumah mereka setiap bulan dan perbelanjaan dapur.

“Anak lelaki mangsa tidak mempunyai pekerjaan tetap, sering meminta wang serta tidak langsung membantu ekonomi keluarga selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu manakala anak perempuannya sudah berkahwin menetap bersama suami,” katanya.

Katanya, mangsa enggan menuruti kehendak suspek untuk bertunang dengan gadis pilihannya kerana tidak bekerja dan bimbang keluarganya menerima aib.

“Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis sebelum diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

“Bagaimanapun, wanita terbabit menolak untuk mendapatkan rawatan dengan alasan tidak mengalami sebarang kesakitan dan meminta kerjasama polis memberi kaunseling kepada anaknya dengan harapan perkara sama tidak berulang.

“Polis sudah mengambil keterangan anak lelaki mangsa kerana mangsa dalam laporan polisnya mendakwa anaknya mengeluarkan pelbagai perkataan ugutan terhadapnya. Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan,” katanya.

2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 30-1-2015 11:25 AM
duit xde gedik nak bertunang.

lepas nikah sanggup makan pasir kot kapel nih.

Quote anno_miss 30-1-2015 11:27 AM
Dh jatuh derhaka dh tu..
Quote ad_hoc79 30-1-2015 11:29 AM
maknye pun malu nk g pinang anak orang dgn anak keje pun ada xde
Quote musangcomel 30-1-2015 11:29 AM
eiii geramnya aku
dah la ko tak keje sebok  gatal nak tunang
potong bebird kang br tau
ko nak kawen ko la carik duit, dah la ko jantan
ada ke mintak mak, pastu tak dapat nak pukul2 maknya pulak
binawe btol, bewok punya anak
Quote duniaku85 30-1-2015 11:30 AM
owh igtkan mak dia yg nk bertunang
Quote lazaruz6024 30-1-2015 11:31 AM
Ngan mak pun boleh dibelasah.nanti ngan isteri lagi teruk kot.baik takyah kawen ngan laki camni.
Quote AMDTurion 30-1-2015 11:31 AM
Aduh makin jatuh martabat kaum lelaki jaman skrang ni. Mgkin ada org pikir aku ni berfikiran kolot. Tp bg aku lelaki yg x mampu mencari wang hantarannya sendiri dgn usahanya sendiri layak dipanggil lelaki dayus. Diorg x pernah rasa susah senang utk memiliki gadis yg dicintai. Bg aku lelaki jenis mcm ni x pandai.menghargai bakal isterinya. Ukur baju dibadan sendiri. Kalo ko mampu xde hal. Tp ko sanggup derhaka pada ibu ko yg selama ni mbesarkan ko hanya seorg pompuan yg baru ko kenal. Adeh.
Quote callance 30-1-2015 11:33 AM
bila dah kluar brita ni, tp pompuan tu masih nak terhegeh gak ngan laki ni, mmg sepadan la korg, bimbo tersangat lah bimbo..hahaha...
Quote tungkai 30-1-2015 11:33 AM
Sama kes dengan adik sedara aku last year.Umur pun sebaya. Keje 1-2 minggu berhenti sebab penat. Dah tu duduk goyang kaki kat rumah layan game. Dah la mak dia ibu tunggal pastu nak kawen next year. Hantaran letak RM18K takmo kalah. Expect mak dia prepare semua siap. Yg betina plak peel pun sama. Semua aku basuh cukup2. Skrg baru start keje kilang. Yg betina keje 7-E. Tak paham betul aku org camni..
Quote BlueEagle 30-1-2015 11:38 AM
tungkai replied at 30-1-2015 11:33 AM
Sama kes dengan adik sedara aku last year.Umur pun sebaya. Keje 1-2 minggu berhenti sebab penat. Dah ...

RM18k...tak sedor diri ke atau tak tahu makna RM18k tu banyak mana....
Quote Syd 30-1-2015 11:40 AM
pegi join program nikah ramai2 tu laa dik
takde duit buat laa takde berduit

ko nak yang kawen, awat ko nak belasah mak ko lak

ai harap ko dik, mereput dalam jel

ko kawen bontot je lah dalam jel nanti

pueh ati ok?
Quote kentel 30-1-2015 11:41 AM
bodoh!!! dahla x keje, jadi parasit...menyusahkan mak!!! dasar anak sialan!!!
Quote BlueEagle 30-1-2015 11:43 AM
Aku bukan nak sesuka wat kesimpulan la..tapi ni semua berpunca dari salah didikan kot...terlalu manjakan anak ni...

anak tu dah tahu hidup susah nape tak berusaha baiki diri sendiri...dah besar2 macam ni tak kan tak reti guna otak tuk cari keja....budak mcm ni layak ek dapat brim brum tuh....
Quote kucen_miang 30-1-2015 11:44 AM
bellaa replied at 30-1-2015 11:25 AM
duit xde gedik nak bertunang.

lepas nikah sanggup makan pasir kot kapel nih.

bukan kapel. lahabau sekor tu jer yg sangap kot. jgn2 budak ppn tu pun blom tentu terima.
Quote krustykrab 30-1-2015 11:47 AM
bertunang pun nk mak sponsor...sok dh kawin anak bini pun mak kena sponsor
Quote lavamerah 30-1-2015 11:53 AM
ramai jer yg nak bertunang nak bersanding mak pak sponsor..

kalau tak...tak kawin2 la...cam si axl bach..

Quote Felycya 30-1-2015 11:57 AM
Dh jadi mcm ni, klu si pompuan
tu masih juge nk lg kt si jantan ni
mmg otak ltak kt pungkoq,
anak derhaka, xde ibu tu xde lh ko,
gatai ngat nk kawen, keje lh,
keje pon xde, nk bg bini mkan pa x tau ? makan telor ari2 ?, itupun klu ada lh telor kt dapur, klu x ?, makan telor hang ??, ntah ntah spender pon mak tggung .
Quote sarahmirza 30-1-2015 11:57 AM
Lelaki gila ini syok sendiri atau perempuan yang dia nak tunang tu pun bodoh juga? Harap-harap lelaki ini sahaja yang syok sendiri sahaja. Perempuan malang mana nak lelaki tak berguna macam ini?
Quote intriQue 30-1-2015 12:10 PM
Dah lah anak derhaka.....loser lak tu

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047825 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top