CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk

2-2-2015 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12566| Komen: 72

Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk


KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon kung fu Hong Kong terkenal, Jackie Chan akan dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.

Beliau antara 71 individu yang akan menerima darjah kebesaran PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.

Yang turut menerima PMW adalah penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd. serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar.

Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique akan mengetuai senarai penerima darjah kebesaran apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 356 orang akan menerima darjah kebesaran tersebut yang akan berlangsung di Istana Negara.


“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 15 individu akan dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria; Yang Dipertua Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba; Timbalan Pengarah Editorial Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Berhad, Datuk Mohd. Ashraf Abdullah dan Abdul Aziz Shahar daripada DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd.

13

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omong 1-2-2015 07:10 AM
JC balik HK kena pakai gelaran tu jg ka? Lel
Quote amiraira 1-2-2015 07:12 AM
Dh x de org Malaysia yg layak terima ke???
Quote mak_wa95 1-2-2015 07:15 AM
apa sumbangan n jasa dia kat masyarakat Malaysia..

atas kapasiti filem...filem dia bukan hantar katmalaysia je
Quote Acong 1-2-2015 07:38 AM
mana perkasa?   
Quote AbukRokok 1-2-2015 07:48 AM
kahkahkah.....nak lawan shah rokh khan ni
Quote nikaido 1-2-2015 07:55 AM
cina komunis jugak yg dpt datuk
Quote helmiex 1-2-2015 07:55 AM
Kenapa bagi datuk dekat orang luar









Quote nour2001 1-2-2015 07:56 AM
pangkat datuk cuma laku kat Malaysia jah..kat luar still Jackie chan...don't know apa jasa Jackie sampai dikurniakan pangkat datuk..anyway dah bersepah2 org dpt datok ni, budak usia 20 tahun niaga mlm pun dpt pakai dato.....no more value title ni..
Quote chinta89 1-2-2015 08:00 AM
apa sumbangan dia kat mesia??

tak mo bagi kat Kim Kardashian jugak? byk jasa dia kat mesia ni.
Quote nikaido 1-2-2015 08:16 AM
seorang demi seorang artis yg penah dtg malaysia dpt datuk. tanak kasi datuk dkt psy ke? luna maya ke?
Quote boyagombak 1-2-2015 08:58 AM
Sipa x ska gelaran Datuk di beri kpd org asing sila kuor dari Mesia. Biarkn hanya atuk2 sajalah yg tinggal
-Atuk Boya Tan Sili Gumbak
Quote zjen 1-2-2015 09:02 AM
nampak tajuk ngat kan ada rakyat mesia nama jackie chan,  cam dulu ada tajuk ckp najib letak jawatan tapi bukan bijan kita,   timo tengah punya najib,  rupa2nye kali ni iols terlebih pikir
Quote AMDTurion 1-2-2015 09:28 AM
mak_wa95 replied at 1-2-2015 07:15 AM
apa sumbangan n jasa dia kat masyarakat Malaysia..

atas kapasiti filem...filem dia bukan hantar k ...

Kalo kesnya sama macm Shah Rukh Khan mmglah dpt. Sbb dedolukan mak wa dia shooting police story kat kl lah. Dgn datuk michele yeoh. Dlm thn pertengahan 90an.
Quote jojoba_beads 1-2-2015 10:23 AM
ako nk tau idea sapa ni yg cerdik pandai sgt ni... apa justifikasi dia bg kat JC ni..

JC bkn heran sgt pun dgn gelaran2 mcm ni.. tak laku pun kat tmpt lain.. semamangnya dia dh dpt layanan first class.. tak perlu datuk2 ni. otak letak kat mana gamaknya... harktuihhh...

jgn lupa... bg kat Paris Hilton skali... sedih...
Quote mommymonster82 1-2-2015 10:25 AM
Ada 1 film baru ni me tgk pon sebut psl malaysia gak... Having sex with girls from malaysia... Yg tu xnk bg datuk ke?
Quote sapeka 1-2-2015 10:27 AM
apakah sumbangan JC dalam pembangunan Malaysia khususnye Wilayah Persekutuan?
Dah takda orang di Malaysia yang layak ke dengan gelaran nih?
Kenapa perlu di beri penghargaan pada orang luar?
Ibarat kata pepatah "kera dihutan disusukan,anak di rumah dibiarkan kelaparan"
Quote ctaz 1-2-2015 10:40 AM

ke bonggokkan apakah ini......
Quote ctaz 1-2-2015 10:41 AM
tahun dpn paris hilton lak....
lesas tu artis2 K-pop.....
Quote taikor 1-2-2015 11:24 AM
jackie chan ade beberapa filem shooting kat malaysia macam hutan, pantai.... lepas dapat datuk nanti makin senang kot nak buat arrangement shooting kat tempat2 malaysia

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.240448 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top