CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Reaksi Rakyat Malaysia, Isu Gelaran Datuk Jackie Chan

2-2-2015 11:40 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1866| Komen: 0

LadyLista - Umumnya tahu, sempena Hari Wilayah baru-baru ini, Jackie Chan telah dianugerahkan dengan bintang Mahkota Wilayah yang sekaligus membawa gelaran datuk.


Namun, ada juga suara-suara yang menyatakan ketidakpuasan hati, atau sekadar mempersoalkan gelaran yang diberikan kepada pelakon Hong Kong ini.

Ada yang mempersoalkan jasa Datuk Jackie Chan terutamanya kepada Wilayah persekutuan. Ini kerana sebagai memetik kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan,

“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan.”

Reaksi kurang senang diterima daripada pelakon tanah air, Afdlin Shauki apabila beliau memuatnaik status di laman facebooknya:

Komen Afdlin Shauki:

"Dont get me wrong, I love Jackie Chan too, but a datukship means ***** to him, apalah sangat datukship on the international stage. For a Malaysian, we know its a great honour to be bestowed (not bought) a datukship. It would mean a lot again if these datukships were conferred on malaysians who actually made the country proud for their contributions to the country. Give a datukship to people who risked their lives for others during the banjir la…. Make these datukships mean something again! Just my two cents."


2 jam kemudian Afdlin Shauki memuatnaik status lain:

"Love you Datuk. Congratulations. You have made many Malaysians happy over the years. You are practically a Malaysian household. Name. Why dont you come and live in Malaysia? We would love to have you as one of our kinsman. Teach us how to make better films, teach us how to bring our film industry back to life. Teach us…"

Suara-suara tersebut, juga dilahirkan oleh segelintir rakyat malaysia dalam Cari.my dan juga laman TheStarOnline.



Namun, ada juga yang menyambut baik gelaran datuk yang diterima:


Apa pun, LadyLista mengucapkan tahniah kepada Datuk Jackie Chan, ini kerana jasa beliau dalam menaikkan industri pelancongan negara menerusi filem aksinya.  Antaranya filem yang menggunakan Malaysia sebagai lokasi adalah Super Cop (1992).



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.020865 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top