CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Rahsia Hidup Lama, Elakkan Bergaduh

2-2-2015 06:13 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3255| Komen: 0

LadyLista - Meniti usia perkahwinan kamu yang menjangkau lima tahu, kadang kala pelbagai suka duka kita lalui bersama pasangan. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Tahukah kamu, resipi untuk panjang umur adalah dengan tidak bertelagah bersama pasangan.

Menurut laporan DailyMail, kajian mengenai kehidupan perkahwinan telah dijalankan selama 20 tahun dan ia menunjukkan pasangan yang jarang bergaduh kekal sihat sehingga ke tua dan hidup jauh lebih lama dengan mereka yang kerap bertelagah dengan pasangan mereka.
 
Menurut kajian itu lagi, kebanyakan mereka yang bergaduh adalah disebabkan oleh masalah kewangan dan mertua. Pasangan yang bahagia dikatakan akan melakukan segalanya bersama seperti masak dan makan makanan yang sihat bersama, berjalan setiap petang bersama kerana lebih mengambil berat antara satu sama lain.
 
Pasangan bahagia membuatkan mereka kurang tertekan yang membuatkan mereka tidak merokok atau mengambil minuman keras serta meninggalkan segala tabiat buruk yang membahayakan kesihatan. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, pasangan yang bahagia akan sentiasa berada di sisi memberi sokongan dan ini boleh mengurangkan tekanan. Kajian itu turut menunjukkan, perkahwinan yang tidak bahagia meningkatkan tekanan darah pasangan dan melemahkan daya imun seseorang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.122166 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top