CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Hindari Solekan Yang 'Faux Pas'

5-2-2015 03:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3153| Komen: 1

LadyLista - Pastikan Anda tidak lupa memeriksa hasil solekan sebelum keluar rumah sebelum memulakan aktiviti. Bedak asas dan gincu tidak harus lebih kuat agar solekan anda tidak nampak 'tebal'. Pastikan antara 'spot' penting dibawah agar tidak salah aplikasi.


1. Highlight bawah mata
Dengan sentuhan highlight bawah mata, ia dapat membantu penampilan anda terlihat lebih 'fresh'. Pilih bulu berus yang halus, agar tiada garisan pada berus terlihat dibahagian bawah mata. Simple sahaja, pilih concealer dengan satu warna lebih cerah dari kulit anda. Sapukan dibawah mata secukupnya dan diakhiri dengan lapisan putih dari pembayang mata di atas concealer yang telah disapu dengan menipis.


2.Wajah dan leher tidak sama
Kesalahan ini palingkerap berlaku. arna wajah Anda tidak sama dengan warna leher  karena warna foundation yang tidak tepat sehingga tampak  ‘belang’. Untuk elakkan perkara ini terjadi, sebaiknya anda membeli bedak asas pada siang hari, gunakan tester yang terdapat dikaunter dan disapu dibahagian rahang dan leher. Jangan terus beli bedak asas tersebut, sebaiknya lihat kembali setengah jam kemudian, jika terdapat belang. Mungkin kulit anda tidak sesuai dengan bedak asas tersebut.


3.Solekan ektrem warna-warni
Tak salah jika anda gemar menggunakan lebih dari 4 warna pada solekan, namun nasihat LadyLista, biarlah senada. Fokuskan pada satu area wajah sahaja. Jangan semua bahagian ingin dijadikan fokus. Sebagai contoh, jika anda mahu fokus pada bibir, riaslah bibir anda dengan warna terang.


4. Pemerah pipi yang tebal
Pemerah pipi itu sebenarnya ibarat tulang belakang wajah, kehadirannya bukan sebagai fokus namun jika tiada, tak nampak seri. Jadi, kamu tidak seharusnya memekatkan pemerah pipi anda. Cukup hanya dengan sedikit merah, jangan nanti kamu nampak seperti badut pula.


5. Bulu kening yang tidak sekata
Part ini yang paling susah sekali, bukan apa, bulu kening sememangnya tidak sama, namun untuk menjadikan ia seakan-akan itu juga suatu cabaran. Sentiasa lukis bulu mata anda dengan seimbang dari segi kepanjangan dan juga ketebalan.


6.Smokey eyes
Sememangnya tren sebegini sangat in, jika anda pergi ke acara sebelah malam, namun anda tak harus ambil mudah kerana, teknik smokey eyes ini sangat membahayakan jika anda tak biasa mengaplikasikan teknik ini. Takut-takut nanti jadi panda pula. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote BelitaBela 28-2-2015 09:31 AM
I love smokey eyes

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059234 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top