CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya Difitnah’, Kata Ustaz Kazim

5-2-2015 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12040| Komen: 106

‘Saya difitnah’, kata Ustaz Kazim



IPOH - “Saya difitnah,” Itu luahan penceramah terkemuka, Datuk Mohamad Kazim Elias yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melulu daripada seorang lelaki di Kelantan yang mendakwa dirinya, telah mengaibkan masyarakat Cina hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Menurut Mohamad Kazim, dirinya juga tidak menyangka ceramahnya di Surau Al-Iman, Kemensah Heights pada November 2009 lalu itu dibongkar semula  dan seterusnya dijadikan isu oleh pihak tertentu.

Malah katanya, ceramah berkenaan sebenarnya tidak memiliki apa-apa isu pun melainkan mengenai kewajiban umat Islam untuk mempertahankan pemerintahan sebagai sesuatu yang disuruh di dalam Islam.

“Kita nafikan sepenuhnya tuduhan kerana ianya berbentuk fitnah tuduhan melulu tanpa melihat keseluruhan isi ceramah tersebut. Tak tahu kenapa dibongkar dan dijadikan isu.

“Saya kata, siapa sebenarnya tuan? Siapa sebenarnya hamba? Tak lama huraian, dua minit lebih tetapi tempoh itulah yang diambil dan dijadikan isu.

Yang berkhidmat kepada negara adalah pihak polis yang kebanyakannya orang Melayu. Waktu orang lain sedang tidur, makan minum di kelab-kelab malam, yang berjaga askar Melayu, di tengah lautan, tengah sempadan. Keamanan ini datangnya daripada askar kita orang Melayu.

“Janganlah cakap ketuanan Melayu. Siapa Melayu, siapa yang tuan, kita dah duduk dalam negara yang boleh berkongsi tanah, berniaga malah dapat pingat dan pangkat. Kita tak pernah pertikai.

Kita cuma minta jangan timbul isu yang timbulkan ketegangan, tetapi saya pula dituduh menimbulkan ketegangan. Ini sebenarnya yang saya rasa pengadu ini tidak faham dengan apa yang saya cakap atau dia tengok hanya dua minit itu sahaja,” katanya lagi.

Mohamad Kazim berkata demikian pada sidang media sempena himpunan 22 badan bukan kerajaan (NGO) di dataran Pusat Pengajian Al-Barakah, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap), Datuk Halim Ramli.

Tambah Mohamad Kazim, isu berkenaan mungkin ditimbulkan kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menutup isu-isu lain seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya.

Oleh itu katanya, ada pihak yang cuba menggunakan populariti dirinya sebagai penceramah terkemuka tanah air pada ketika ini dengan mengaitkan isu-isu perkauman (rasis) dalam ceramah yang disampaikannya.

“Isu ini juga mungkin ditimbulkan sebagai satu usaha bagi menutup isu-isu lain yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya.

“Pada ketika ini juga saya lihat ‘kebangkitan’ masyarakat untuk dengar ceramah sangat hebat. Mungkin juga ianya satu usaha untuk ‘peti sejuk’kan saya kerana bercakap isu rasis dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohamad Kazim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan bagi menyatakan perkara yang sebenar kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau juga turut menerima banyak mesej yang menyatakan sokongan kepadanya berhubung isu berkenaan.



4

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”
Quote bulalof 5-2-2015 09:27 AM
Menunggu hasil siasatan polis.
Quote liyamariska 5-2-2015 09:35 AM
atira replied at 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, de ...

rasa ai cam bersetuju dgn Ustaz Kazim nih...
Quote atira 5-2-2015 09:37 AM
liyamariska replied at 5-2-2015 09:35 AM
rasa ai cam bersetuju dgn Ustaz Kazim nih...

kelakar bila dia bengang cina kuar masuk giant
Quote liyamariska 5-2-2015 09:40 AM
atira replied at 5-2-2015 09:37 AM
kelakar bila dia bengang cina kuar masuk giant

aiseh... tak perasan lak...

tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian nih...

sbb sebelum ni mcm2 kes berlaku kt pendakwah nih kn...
Quote alesandra 5-2-2015 09:49 AM
atira replied at 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, de ...

ceramah dah macm ceramah cawangan umngok.point dia lagi teruk dari macai kat CI.aku yakin kalo dengar seluruh ceramah ...isu nya tetap sama.dia tidak difitnahostad douche neh mmg selalu fefeling dia teraniaya.ingat tak lagi..dia bagi dateline nak stop ceramah konon ada org ugut bunuh.mana janji?
Quote atira 5-2-2015 09:52 AM
alesandra replied at 5-2-2015 09:49 AM
ceramah dah macm ceramah cawangan umngok.point dia lagi teruk dari macai kat CI.aku yakin kalo den ...

aku sengih sinis aja dgn janji2 setad syumul seperti DUKE
Quote d'zeck 5-2-2015 09:54 AM
dont worry ustaz

majority will be with you

setakat geng 'sesuatu' yang
kononnya banyak bunyi kat
dalam porem ni apa la sangat

Quote mdhelmi 5-2-2015 10:09 AM
ceramah 2009...dah hampir 6 tahun pon ada org selongkar lagi
btol2 nak kenekan ostad tu
Quote pendeta 5-2-2015 10:18 AM
bagi saya kalau setakat kata saya difitnah, tak cukup kuat lagi untuk menafikan apa-apa..anwar ibrahim pun kata beliau difitnah, tapi mahkamah tetap jatuhkan hukuman..ustaz kazim kena buktikan bahagian mana beliau difitnah sebab ceramah beliau sudah dirakamkan
Quote MengkuduMasam 5-2-2015 10:20 AM
but still the hard truth....

betol ape yg dicakap....
Quote d'zeck 5-2-2015 10:31 AM
pendeta replied at 5-2-2015 10:18 AM
bagi saya kalau setakat kata saya difitnah, tak cukup kuat lagi untuk menafikan apa-apa..anwar ibrah ...

yang nak dakwa ustaz kazim siapa?

atas tuduhan apa?

Quote inai_Djari 5-2-2015 10:32 AM
ok ustaz sila berhenti jadi penceramah kalau xtahan di lambung onak duri..
Quote ajie2000 5-2-2015 10:37 AM
Apalah nasibnya Melayu pembangkang...

Jumlahnya kecil namun berbangga-bangga dengan besarnya suara bangsa pendatang. Dulu gah dengan ketua umum yang berkulit sawo matang. Kini hanya sekadar menumpang senang dicelah-celah ribuan mereka yang menang. Maka semua sudah tahu yang mana satu kuli  dan yang mana satu pula kapitannya. Sudah menjadi hukum nombor dan angka. Siapa yang banyak maka dialah yang berkuasa.

Apalah nasibnya Melayu pembangkang...

Apabila buka mulut pun perlu didalam sunyi. Belum disergah sudah menyusun jari. Terpaksa hidup memendam rasa dihati.  Hanya berani dihadapan bangsa sendiri.

Bila ditanya kebebasan beragama kata "ya".. Bila minta Allah itu milik gereja kata "ya".. Apakan daya nak terus hidup perlu korbankan bangsa dan agama. Nasib keturunan sendiri entah ke mana. Baru nak buka mulut dituduh rasis semata.

Dulu bongkak sekarang pun bongkak. Bila ditegur asyik membentak. Sekarang lihatlah dengan mata kepala sendiri. Nak bersolat pun kena himpit amoi seksi.

Apalah nasibnya Melayu pembangkang...

Mereka kecil kerana perpecahan dan permusuhan. Mereka kecil kerana kekayaan yang menjadi rebutan. Sudah menjadi hukum alam..Yang kecil akan menjadi makanan yang besar. Sedang kita leka mengecil kerana bertengkar..Di seberang sana saling bantu-membantu menjadi BESAR.

Melayu itu sudah beratus tahun menjadi hamba. Melayu itu tiada masalah untuk kekal hamba untuk sekian tahunnya. Kalau bukan kerana Islam yang ada di dada. Tidak dikisahkan keturunan Gujerat dan Afghan bermati-matian turun membela.

Si Gujerat Mahathir dan si Afghan Mohktar.. dihina di caci Melayu tidak sedar diri.  Jika memang ditakdirkan bangsa ini kembali melarat dan merempat. Aku redho kerana mereka sentiasa lupa apabila hidup senang dan berpangkat.


Apalah nasibnya Melayu pembangkang...

Lebih banyak berkembang biak lebih untung bangsa pendatang.  Mereka memang cukup senang Melayu berperang. Memang takdirnya tentu  menjadi  abu dan arang.

Apabila sudah rata mereka masuk sambil melenggang. Lalu mereka kata melayu memang bodoh melayu memang bangang. Apa boleh buat negara sendiri sudah menjadi milik orang. Terimalah saja ketentuan untuk bangsa Melayu yang malang.


Apalah nasibnya Melayu pembangkang...

Mana pergi jenismu yang hilang? Mengapa mereka sanggup berkerat rotan dan berpatah arang? Kalau jawatan yang ada pun atas khidmat mu sebagai perkakas bangsa pendatang. Mana mungkin Melayu bersamamu tidak semakin berkurang..

...........

sajak boleh..nasyid pun boleh..
Quote pendeta 5-2-2015 10:53 AM
d'zeck replied at 5-2-2015 10:31 AM
yang nak dakwa ustaz kazim siapa?

atas tuduhan apa?

kalau ikut laporan berita seorang cina kelantan atas tuduhan hasutan
Quote pasuoren 5-2-2015 10:53 AM
atira replied at 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, de ...

tira...
DUKE punya ceramah biasanya 1 jam lebih..

yang ni:
Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.
tak menggambarkan keseluruhan ceramah beliau...

yang dia sebut ni pun secara umum..melayu, india cina...
memang betulpun contoh ni...

bukannya 1 jam lebih tu dia cakap pasal bangsa cina..bla..bla..bla..cina bla..bla..bla...

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”




Quote d'zeck 5-2-2015 10:56 AM
pendeta replied at 5-2-2015 10:53 AM
kalau ikut laporan berita seorang cina kelantan atas tuduhan hasutan

hasut apa,

cina kelantan ke yang dimaksudkan
dalam ceramah ustaz kazim tu?

Quote PongKang 5-2-2015 11:01 AM
Pada aku la kne tgk blk tahun 2009. Time tu apa yg berlaku kt negara. Isu apa yg menjadi tajuk utama.
Quote Simunggu 5-2-2015 11:04 AM
d'zeck replied at 5-2-2015 09:54 AM
dont worry ustaz

majority will be with you

sokong bro...saya peminat setia ustaz kazim...

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.191911 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top