LadyLista - Semua orang mempunyai rahsia yang tidak diketahui orang. Ini termasuk chef paling garang di dunia, Gordan Ramsay yang sentiasa dikenali sebagai seorang yang agresif, tegas dan lantang membahas masalah pemakanan. Anak perempuan Ramsay, Matilda dalam satu rancangan Masterchef baru sahaja membuka pekung rahsia ayahnya di rumah. Pada satu ketika, dua juri lain, Graham Elliot dan Joe Bastianich bertanya kepada Matilda mengenai perkara yang membuatkannya malu. Jawapan yang terkeluar dari anak kedua Gordan ini membuatkan Gordon menutup muka menahan malu. "Ya!Dia selalu berlari di dalam rumah dalam keadaan telanjang bulat,' jawab Matilda yang disambut gelak ketawa dari semua orang. Mengetahui wang sakunya mungkin terancam ketika ayahnya melirik tajam, Matilda menarik komen tersebut dengan membalas "Saya hanya bergurau".
Gurauan mereka tidak berhenti disitu sahaja. Gordon sebelum itu sempat cuba menjodohkan anak perempuan itu dengan salah seorang peserta Masterchef cilik bersama Micheal. "Kalau kamu fikir saya akan berkahwin dengan seorang Chef, maka kamu harus berfikir dengan lebih dalam lagi," tegas Matilda. Ditanya alasannya menolak, si gadis cantik itu makin membuatkan penonton di studio ketawa dengan kuat. "Kerana kamu gila," jawab Matilda dengan nada gurau. Keakraban anak-beranak ini sememangnya membuatkan ramai yang iri hati. Seperti diketahui, Matilda juga mula mengikut jejak ayahnya sebagai host program masakan yang berjudul TILLYWOOD. -CARI Infonet. |
14
Bagus |
26
Marah |
8
Terkejut |
27
Sedih |
23
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT