Berebut Gadis Manja , Mat Kelantan Bertempur Sesama Mereka
KOTA BHARU - 'Pose' manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi. Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya. Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan.
"Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sebentar tadi. Bagaimanapun tidak sampai lima jam selepas kejadian, kesemua mereka ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. "Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (made in Australia) berisi tiga peluru hidup dan dua kelongsong dirampas. "Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok," katanya. |
jazaa replied at 9-2-2015 03:15 PM
Kelantan makin maju.....
GhostWalking replied at 9-2-2015 03:21 PM
Gaduh kat restoren Hayaki keross
crossfire replied at 9-2-2015 07:23 AM
ada pix tak, sinarharian takde pix gadis tu, abam keross nak cuba nasib....
fazzrules replied at 9-2-2015 03:22 PM
mak aih..betol ker ni?mangkok jamban tol sal pompan jer smp nak berbunuhan....apa la nak jd lelaki z ...
penyo replied at 9-2-2015 03:24 PM
Nampak tak keluasan Perodua Alza. Perodua Alza boleh memuatkan 7 lelaki dewasa
ADVERTISEMENT