|
Perayaan Seakan Thaipusam Amalan Penganut Islam Rajastan Minggu lalu penganut Hindu di Malaysia menyambut perayaan Thaipusam. Setiap kali Thaipusam berlangsung kita boleh melihat penganut mengangkat kabadi dengan tubuh mereka dicucuk dengan pelbagai objek tajam. Ini bagi menunjukkan keimanan mereka kepada Dewa Murugan.
Tetapi tahukah anda di Ajmer, Rajastan India ada Festival Urs yang disambut umat Islam yang juga memperlihatkan aksi ngeri seperti Thaipusam? Festival Urs ialah acara tahunan yang disambut setiap bulan Rejab bagi memperingati tarikh kematian ahli Sufi Moinuddin Chishti. Upacara selama 6 hari 6 malam ini dimulakan dengan acara zikir sepanjang malam di makan Moinuddin Chishti. Upacara tahunan ini biasanya akan mengumpulkan 400 000 pengamal ajaran Sufi Chishti dari seluruh dunia. Kemuncak festival Urs ialah perarakan yang menganduni aksi mencocok mata dengan pisau sehingga terkeluar dan mencucuk tubuh dengan objek tajam persis seperti perayaan Thaipusm. Ianya dilakukan bagi menunjukkan tahan keimanan mereka kepada umum. Sangat menakutkan dan gambar yang dipaparkan di bawah adalah NSFW.
![]()
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.643641 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.