CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spiderman: Layan Minat Anak

12-2-2015 06:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11703| Komen: 24

Spiderman: Layan Minat Anak


MINAT sendiri bergabung dengan cita rasa anak, menyebabkannya memilih konsep super hero, Spiderman. Sebagai pengusaha premis aksesori kereta, lebih memudahkan Md Ambali Hussin, 32, merealisasikan hasrat mengubah suai jenteranya.

Tambahan pula, pemuda lebih dikenali dengan gelaran Tiong Promote ini pernah mempunyai pengalaman bekerja makan gaji sejak 2005 di kedai aksesori kereta, sebelum buka premis sendiri pada 2008.

Tiong juga sudah berjinak-jinak menyertai auto show pada 2005. Ramai juga yang mendapatkan khidmatnya untuk membega kereta sejak dulu hingga kini.

"Jika sebelum ini telah beberapa konsep saya tukar, sejak setahun lalu saya memilih konsep Spiderman ini. Konsep ini dipilih kerana anak saya, Muhammad Aeyman Isqandar, 4, memang sungguh meminati Spiderman.

"Segala koleksi mainan, baju-baju anak dan lain-lain berkonsepkan Spiderman ini," katanya.

Tiong memulakan projek dari luaran jentera Myvinya. Kereta itu dipasang dengan stiker motif Spiderman pada badannya.

Menariknya, pemilik Fauzie Garage Motosport bertempat di Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor ini, mampu menyiapkan luaran kereta ini hanya dalam masa tujuh hari.  

Reka bentuk stiker diolahnya sendiri, manakala potongan dilakukan di kedai rakan baiknya. Tampalan stiker mampu disiapkan hanya dalam satu malam.

Manakala, badan luaran yang memerlukan cat lukisan (air brush), mengambil masa dua hari untuk disudahkan.

Bahagian rim juga diberi perhatian apabila Tiong memilih rim kustom jenis Vossen V3 17 inci dengan warna biru dan merah bagi menepati tema pilihan.   

Tayar Silverstone m5205/40/17, manakala brek OEM pad proride.
Agak istimewa apabila dia memilih spoiler Sumico version 2, yang sukar ditemui masa kini. Belakang jentera juga diberikan tumpuan apabila bahagian itu dipasang lampu Toyota Passo 2007, manakala cermin sisi, mendapat sentuhan kustom Passo 06.

Biarpun luaran jentera masih asal dari model Standart Myvi SE 2008, Tiong bijak memberi impak kelainan. Bagi door visor, dia masih memilih jenis Passo. Bumbung panorama yang menjadi ruang kegemaran anaknya pula dari jenis Honda EK. Menurut Tiong, ruangan ini disiapkan serentak semasa pemasangan set audio.

Menambah gaya sporty, ekzos Werewolf dipasang di kiri dan kanan. Manakala penyerap hentak dan spring dari jenis GAB.

Ruangan audio

Untuk bahagian enjin, tidak banyak pengubahsuaian dilakukan oleh Tiong. Pengasas Promote (Perodua Myvi Owner Team) ini hanya memberi sedikit mekap warna pada ruang enjin.

Perodua Myvi model tahun 2009 itu masih mengekalkan enjin standard 1.3, dengan enjin dan transmisi OEM.

Beralih ke bahagian kabin, penguasaan warna pastilah mengikut warna tema. Papan pemuka, konsol tengah, pintu, set audio di belakang menggunakan kustom fiber warna merah.

Tempat duduk dari jenis fabrik polivinil klorida (PVC) juga mengikut tema karakter. Bukan sahaja si kecil, yang besar pun pasti teruja semasa dalam kabin.

Apalagi semasa sistem audio dihidupkan. Tiong menempatkan skrin LCD yang bersaiz 7" Keenwood 8032 skrin sesentuh diletakkan setiap satu pada pintu hadapan. Selebihnya, sebanyak lapan skrin LCD saiz 4.3" inci,  diletakkan pada pintu kereta, dua pada papan pemuka dan dua di audio belakang.

Ruangan bonet 'disumbat' sepenuhnya dengan set audio. Lima set mid bass 6.5", satu set pembesar suara Horn Twetter dan dua sub woofer jenis double coil dan double magnet memeriahkan audio. Ditambah satu power Amp Exile Monoblog 2,500 watt dan empat rangkaian kuasa Amp Hifonic. Pembesar suara dari jenis Iee Stereo.

Sebuah pre-amp-7 band jenama American Sound.

Semenjak jenteranya ini siap lebih setahun lalu, kira-kira 30 auto show sudah disertai oleh Tiong. Jika tidak bergelar johan, pasti tempat kedua dirangkul olehnya dalam kebanyakan kategori standard yang disertai.

Menurutnya, dia akan kekal dengan kategori itu.

"Sebelum ini pun saya sudah banyak buat kereta ubahsuai dan ekstrem. Jadi pada saya cukuplah saya hanya menyertai kategori standard buat masa ini," katanya yang turut membuka premis aksesori untuk motosikal.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 12-2-2015 02:33 PM
JPJ saman tak?
Quote chinta89 12-2-2015 02:39 PM
comeyyyyyyyynyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Star_el 12-2-2015 02:46 PM
Tiongman!
Dia bagai seorang perwira~~
Quote sekel 12-2-2015 02:50 PM
bole ke buat keta mcm tu ?
Quote cik_nit 12-2-2015 03:01 PM
Wahh... gah bergaya nya!!!
Quote Suchi 12-2-2015 03:06 PM
nih keta poremer spiderman tu kan
Quote sepitsiput 12-2-2015 03:08 PM
meols igt spiderman flabby yg berjoget dlm LRT semalam....

body kalau toned sikit lagi, harus rembes mokcik2 dlm tren...ini haussss...
Quote mdhelmi 12-2-2015 03:22 PM
sape yg diehard fan spiderman tu mmg puas hati
Quote inai_Djari 12-2-2015 03:28 PM

@spiderman80 kete ngko ke tue?
Quote blackred99 12-2-2015 03:36 PM
cantik jugak, takla nampak bodoh.
Quote magnus 12-2-2015 03:38 PM
Cantiknya dia buat...ai like...
Quote tungkai 12-2-2015 03:40 PM
"Set2 tu aje..." kata Peyno sambil senyum sinis...
Quote Parit.Hilton 12-2-2015 03:43 PM
tapi apesal kalau kereta yg modified beria2 ni banyak myvi atau viva?

bmw ke audi ke takde pulak nak modify pelik2
Quote BotakChinPeng 12-2-2015 03:43 PM
spiderman aritu kena tutuh oleh iron man
Quote MissMamamia75 12-2-2015 03:43 PM
cunnya....
Quote Modngengade 12-2-2015 03:46 PM
Parit.Hilton replied at 12-2-2015 03:43 PM
tapi apesal kalau kereta yg modified beria2 ni banyak myvi atau viva?

bmw ke audi ke takde pulak  ...

ummah FELDA dan pprt sajer yg suka modify kereta murah2 ni dekkk

Quote xtahumenahu 12-2-2015 03:47 PM
banyak duit dieee
Quote xtahumenahu 12-2-2015 03:50 PM
byk duit die buat kete gini
Quote ad_hoc79 12-2-2015 03:50 PM
cantik... pakar je mampu buat

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.082242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top