|
LadyLista - Aneh, apabila satu klip video yang menggunakan ID 'isis malaysia 69' menggugut mengadakan bantahan terhadap sistem penghakiman Malaysia dengan memegang satu kertas yang terlihat imej Nora Danish di atas kertas tersebut. Klip video yang berdurasi seminit itu mengugut dan menghasut orang ramai untuk menyertai bantahan tersebut. Mereka menyelar parti yang telah lama memerintah negara dan susuk 4 lelaki bertopeng ini tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi. Turut dinyatakan tarikh dan jam bantahan yang akan dibuat sebagai simbolik bantahan tersebut. Sambil bangga dengan menegaskan bahawa 'perjuangan' mereka baru sahaja bermula. Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, seramai 1800 orang yang telah melihat klip ini berserta 73 orang yang tidak menyukai video yang dimuatnaik mereka ini. Sehingga kini, motif imej Nora Danish di dalam klip ini tidak dapat dikenal pasti.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.176062 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.