Mohamad Madani KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan. Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama. Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%). Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak. Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus. Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti. "Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan. "Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016," katanya kepada Utusan Malaysia. Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran. "Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk," jelasnya. Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand. Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta. "Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung. "Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk. "Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya. Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan. "Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak. "Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan," tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga#ixzz2VlTbrI2k
|
md.jie posted on 10-6-2013 07:48 AM
harga keta duk banyak tu jahh, hanya BN mampu turunkan harga kereta dan rakyat masih tetap bayar pad ...
Honda Jazz Hibrid (2.5%),
akughi posted on 10-6-2013 09:47 AM
tak ketinggalan jugak lembu lembu yg sebok menyalahkn Utusan, kononnye utusan yg menipu rakyat sedan ...
ADVERTISEMENT