|
Kuala Lumpur: Berbekalkan hanya satu borang, ia memberi tuah kepada seorang pengurus projek Mohd Faizul Abd Ghafar,35, apabila berjaya menewaskan lima peserta lain di peringkat akhir acara tersebut. Mohd Faizul merupakan jutawan musim keempat yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.Acara penyampaian replika wang tunai disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Power Root, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah. Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Mohd Faizul menambah beliau dan keluarga akan menunaikan umrah bersama keluarga sambil membuka perniagaan baharu. Mohd Faizul menewas 2 peserta lain dalam pusingan akhir dan sekaligus menjadikannya seorang jutawan. Sementara itu, enam finalis lain yang sama-sama merebut hadiah RM1 juta adalah Zareena binti Yusof (37, dari Negeri Sembilan, Fahizul bin Mohamed (48, dari Kuala Lumpur), Rahayu bte Hussin (32, dari Johor), Wan Azila bt Wan Azaman (22, dari Terengganu), Nor Hanisah binti Abu Bakar (39, dari Sarawak). Mereka masing-masing membawa pulang RM10 ribu sebagai saguhati.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.162452 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.