CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Dari China Kini Berada Di Malaysia

17-2-2015 11:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5264| Komen: 16

Pengemis Dari China Kini Berada Di Malaysia


Bukan sekadar sindiket, tetapi syarikat! Rupa-rupanya pengemis China yang mungkin anda temui di sesetengah tempat tumpuan ramai ialah 'pekerja' daripada syarikat pengemis.

Guangming Daily melaporkan, sebuah syarikat berdaftar dari China telah menggunakan nama 'rombongan seni orang cacat' untuk merekrut ahli sebelum menghantar mereka mengemis di China dan negara-negara serantau.

Keadaan itu sekali gus menunjukkan kumpulan pengemis dari negara Tembok Besar itu bukan sahaja 'dikorporatkan' malahan 'diantarabangsakan'.

Anggaran awal mendapati di negara-negara Asia Tenggara sahaja, kira-kira 500 pengemis China telah ditempatkan.

Di Jalan Alor, berhampiran Jalan Bukit Bintang di ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong, beberapa sindiket pengemis Cina telah beroperasi di sana.

Seorang pengemis yang mahu dikenali sebagai Sun berumur 28 tahun mendedahkan bahawa semua duit yang berjaya dikumpulkan akan dibahagi pada nisbah 50:50 iaitu separuh milik pengemis dan bakinya milik syarikat.

Sun berkata, setiap pengemis dapat mengumpul antara RM400 hingga RM1,500 sehari dengan 'bekerja' setiap hari tanpa cuti.

Jika terlalu penat, maka pengemis dibenarkan memohon cuti sehari dalam seminggu.

Kata Sun, terdapat tiga kategori pengemis iaitu pengemis cacat, pengemis seni yang menyanyi dan pengemis beranak yang membawa anak kecil.

"Bos di China juga merupakan orang kurang upaya, dia yang menguruskan visa supaya saya dapat mengemis di Malaysia," katanya kepada Guangming Daily.

Pengemis-pengemis dari China telah ditempatkan di pelbagai wilayah China, Hong Kong, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Walaupun Sun pernah berkhidmat dengan syarikat pengemis China, namun pengemis muda itu kini mengemis secara 'free lance' selepas bertekak dengan pihak pengurusan.

Katanya, pihak pengurusan sebelum itu asyik menyindirnya kerana hanya berjaya mengemis antara RM40 hingga lebih RM100 setiap hari.

Keadaan itu seterunya menyebabkan Sun bergaduh dan bertumbuk dengan 'pengurus'.

Jelasnya, jumlah duit yang dikumpulkan secara relatif kecil kerana dirinya tidak mempunyai kecacatan fizikal yang jelas berbanding pengemis lain.

Walaupun tidak cacat, saiz badan Sun adalah kecil iaitu hanya tinggi 143 sentimeter (cm) dan berat 35 kilogram (kg) menyebabkan pengemis ini nampak seperti murid sekolah rendah.

Selepas berpisah dengan 'pengurus', Sun telah menggunakan duit sendiri untuk membeli alat untuk mengemis dengan menyanyi di kawasan tumpuan ramai di ibu negara.

Sun dari semasa ke semasa turut bekerjasama dengan seniman jalanan Melayu dan berkongsi tip yang berjaya dikumpulkan daripada pelancong dan orang ramai.

Ditanya sama ada mahu balik negara asal, Sun berkata, dirinya pada awalnya berniat pulang ke China tetapi terpaksa membatal hasrat itu apabila dia dirompak sehingga dokumen perjalanan dan tiket penerbangannya hilang.

"Saya juga pernah dirompak dalam satu kejadian lain oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa diri sebagai polis sehingga saya kehilangan RM8 dan tuala," katanya. 

10

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 16-2-2015 05:58 PM
Kenapa mereka pilih malaysia?..org malaysia kan susah2..gaji kecik..tak ada subsidi minyak naik..org malaysia kurus kering...pi singapore lah..sana orgnya kaya raya..
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2015 06:01 PM
Anak_Nogori replied at 16-2-2015 05:58 PM
Kenapa mereka pilih malaysia?..org malaysia kan susah2..gaji kecik..tak ada subsidi minyak naik..org ...

wa faham...wa faham! ini musti salah mulayu kerana baik hati dan pemurah...
Quote ultra78 16-2-2015 06:03 PM
Busuk-busuk dapat RM400 sehari. Sebulan dah RM12,000.

Orang Malaysia memang pemurah
Quote arasham 16-2-2015 06:05 PM
nak jadi pengemislah... rm400 sehari
Quote econsave 16-2-2015 06:24 PM
Malaysia ni dah ada memacam warga asing dah ...sedih
Quote AMDTurion 16-2-2015 06:26 PM
Pergh syarikat pengemis tu. . Dasat gilerlerrr.
Quote shamsadis 16-2-2015 06:27 PM
giler ar....hebat
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2015 06:27 PM
econsave replied at 16-2-2015 06:24 PM
Malaysia ni dah ada memacam warga asing dah ...sedih

tu tandanya negara malsysi sedang pesat membanggung degan ekonomi yang bagus. pendatang haram sanggup menggadai nyawa untuk masuk ke malaysia secara haram. sepatutunya kena bersyukur tu dan bukanya kena bersedih. kalau putus cinta barulah ok bersedeh.
Quote cupu 16-2-2015 06:38 PM
sbb sindikit nila aku jd kedekut nk bersedekah..ingat org sng2 dpt duit.aku hya g dkt org susah yg aku jumpa,yg mana org tu xmeminta2 je..aku bg dgn penuh ikhlas.
Quote econsave 16-2-2015 06:46 PM
FOTHER-MUCKER replied at 16-2-2015 10:27 AM
tu tandanya negara malsysi sedang pesat membanggung degan ekonomi yang bagus. pendatang haram sang ...

pffffff.....
Quote primemova 16-2-2015 07:00 PM
Malaysia a country with law but no action = a country where foreigners without identification can live as they like
Quote airfilterkotor 16-2-2015 07:04 PM
Ditanya sama ada mahu balik negara asal, Sun berkata, dirinya pada awalnya berniat pulang ke China tetapi terpaksa membatal hasrat itu apabila dia dirompak sehingga dokumen perjalanan dan tiket penerbangannya hilang.


Bermadah-madah laa pulak.... Cakap ajer laa taknak balik sudah.

Ohh ye.... dulu wakkang indon berbondong2 masuk mesia kerja kontrak.
Sekarang PRC pulak.
Esok lusa mesia jadi macam singapore. Padan muka kita bersama.
Quote Toppaz 16-2-2015 07:19 PM
Pengemis ramai kat malaysia sbb malaysian baik hati sangat menghulur duit sedekah.
Quote Anak_Nogori 16-2-2015 07:50 PM
FOTHER-MUCKER replied at 16-2-2015 06:27 PM
tu tandanya negara malsysi sedang pesat membanggung degan ekonomi yang bagus. pendatang haram sang ...

Ye ke negara sedang pesat membangun dgn ekonomi yg bagus..wa tengok ramai warga malaysia mengeluh..mcm tak cukup makan pun ada..
Quote spiderman80 16-2-2015 08:19 PM
Pengemis pun ada freelance?
Quote vandergooh 16-2-2015 09:29 PM
Kenapa malaysia jadi tumpuan warga asing yg melarat..? Bukan kerana rakyat malaysia kaya raya, bukan kerana mewah tapi malaysia paling longgar penguatkuasaan, lihat di serata kl, pendatang2 asing bebas kemana sahaja tanpa rasa takut siap buat bandar mereka sendiri contoh masjid india, kotaraya, chow kit...

Malah penguatkuasa bergaji rendah lebih memerlukan wang yg banyak untuk sara hidup yg tinggi membuatkan mereka menggemari rasuah dari menangkap... tuh yg akak nampak sangat...

Belum bab lain lagi...macam umat islam diajar bersedekah dan pemahaman melayu terhadap sedekah dah terpesong dengan dalam poket ada rm5.. nak juga bagi rm1 janji sedekah walau dah tahu itu semua sendiket dengan mengharapkan keredhoan Allah...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.219657 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top