CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

keputihan semasa mengandung

19-2-2015 01:04 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 9181| Komen: 0

Ramai di kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah keputihan. Hari ini saya akan kongsikan info berkaitan keputihan yang mungkin boleh membantu anda yang kerisauan.






Saya juga adalah salah seorang individu yang tidak terlepas dengan masalah keputihan semasa hamil, semasa usia kandungan 30 minggu keatas, keputihan semakin menjadi jadi..dan saya diberikan ubat yang dimasukkan kedalam Miss V..tapi hanya berkurang dalam jangka masa yang singkat.







Jom kita baca,info mengenai keputihan semasa hamil.






( Keratan Akhbar Metro )




BAGAIMANA TERJADI KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG?
Sepanjang kehamilan, ibu hamil mengalami perubahan hormon yang menyebabkan terjadinya keputihan. Aliran darah akan meningkat ke daerah kewanitaan ketika anda sedang hamil yang mempengaruhi cecair faraj menjadi lebih meningkat. Pada ibu hamil cecair faraj mempunyai manfaat untuk mencegah jangkitan dari faraj menuju ke rahim.




Akan tetapi, tidak semua cecair faraj memberikan manfaat kerana jika telah tercemar dengan bakteria, parasit, atau virus, ia akan memberi pengaruh buruk dari terjadinya jangkitan faraj. Ibu hamil terdedah kepada jangkitan faraj kerana kesulitan dalam membersihkan kawasan intimnya.












ADAKAH KEPUTIHAN MEMBAHAYAKAN BAYI?
Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.






Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.




info lanjut ---> http://goo.gl/RLDAfZ





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.246470 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top