|
Los Angeles: Sememangnya saat yang ditunggu-tunggu bagi kalender Hollywood, walaupun hujan lebat tidak sedikit pun melumpuhkan acara gilang-gemilang yang berlansung di Dolby Theater, Los Angeles.
Walaupun para pengiring Oscar kelihatan mengenakan pakaian hujan dan berpayung, tidak bagi empat calon wanita terbaik yang mengenakan hitam putih untuk menambah rasa untuk perhatian umum. Bagi aktres berusia 38 tahun ini, Reese Witherspoon mengenakan gaun off-the-shoulder icy blue dari Tom Ford dengan garisan black velvet disepanjang bahu dan pinggang.
Julianne Moore, 54, serba sederhana dengan mengenakan aksesori yang sedikit. Dia menyudahkan penampilannya dengan hiasan bulu mata serta gincu merah yang pekat. Sementara itu, Marion memilih Dior Coutore dengan gaun sekuin putih. Pencabarnya, Felicity Jones, dengan nada elegan mengenakan gaun off-grey yang menyapu lantai. Dipadankan dengan klutch silver dengan sepasang bentuk anting-anting. Juga mencuri tumpuan, Lupita Nyong'o yang memberi sentuhan berbeza dengan tampil menerusi koleksi Calvin Klein yang ditaburi mutiara. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.274856 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.