CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

5 Hidangan Menjilat Jari Pilihan Ladylista [Shah Alam]

23-2-2015 06:09 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3987| Komen: 1

#1. Chichen chop, Restoran Mr Steak House

Dengan harga yang murah dan terletak di Laman Seri Business Park di Seksyen 13, Shah Alam.Sememangnya Chicken Chop ini menjadi pilihan kerana anda dapat menikmatinya dengan harga serendah RM8.90. Murahkan?? Tapi ladyLista bukan mahu anda mencuba hidangan ini, tetapi cuba Chicken Combo yang bukan semata ayam tetapi juga ada kombinasi kambing serta beberapa ekor udang. Harganya sudah tentu berbaloi. RM13.90 sahaja!

#2.Mee Ketam Seksyen 7

Bagi pelajar yang duduk berhampiran seksyen 7, pasti mereka sangat tahu restoren ini yang menyediakan mee ketam. Gabungan kari yang berlemak dan rasa yang sedikit pedas, sememangnya terangkat


#3. Nasi Ayam Lemon, Pak Li Kopitiam

Makan nasi ayam semestinya biasa, namun jika nasi ayam itu diberi perisa tambahan perahan lemon? Bagaimana?? Rasa nak cuba tak?? Memang tak dapat dinafikan, LadyLista masih lagi terasa-rasa ditepian bibir sehingga kini, kombinasi rasa masam manis dengan keempukan ayam itu. Baiklah, semua jom kita serbu Pak li Kopitiam.

#4. Nasi Mandy Lamb, Restoran Zam-Zam

Zam-Zam ala kazam! Jom singgah cuba makanan timur tengah ini. Memang super kenyang, dan kawasannya pun 'cozy' sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Walaupun harganya sedikit mahal namun, percayalah bagi peminat kambing senegara, anda pasti mengakui kelazatan Nasi Mandy Lamb ini.

#5. Nasi Goreng Ala Thai, Restoran Jemari

Kap Kun kap!! Memang meriah Nasi Goreng Ala Thai ini. Memang orang Thailand ini suka hidangan yang pelbagai dalam satu pinggan. Untuk nasi goreng ini, anda dihidangkan dengan kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang, cili padi dan macam-macam lagi. Macam pertemuan sanak saudara la bak kata. Harga sepinggan adalah RM12.90
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 25-2-2015 04:03 PM
fuhhh..buat aku lapo.

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.129064 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top