CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Demo 7 Mac Turut Tuntut Najib Undur

26-2-2015 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11283| Komen: 111

Demo 7 Mac Turut Tuntut Najib Undur


Perhimpunan pada 7 Mac depan bukan semata-mata bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penganjur perhimpunan itu, dikenali sebagai #KitaLawan menjelaskan, tuntutan itu dibuat kerana Najib didakwa gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara.

“Jika dibiarkan, lebih banyak lagi kerosakan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” kata sekretariat kumpulan itu.

“Justeru itu, kami mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil langkah yang pertama untuk memperbetulkan hala tuju masa depan negara iaitu dengan bersama-sama menyertai anak muda untuk turun beramai-ramai pada 7 Mac 2015 bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera.”

Dalam kenyataan hari ini mereka menyenaraikan 12 “kegagalan” Najib, antaranya dalam isu institusi kehakiman, kewangan negara dan 1Malaysia Development Fund (1MDB) serta pengekalan Akta Hasutan 1998.

Turut dibangkitkan ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beban kos sara hidup, penyalahgunaan institusi kerajaan dan isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, #KitaLawan juga berkata perhimpunan mingguan dirancang mereka di depan pusat membeli belah Sogo di ibu negara akan diteruskan seperti biasa walaupun terdapat penangkapan dibuat.

“Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi,” katanya.

Dalam perhimpunan minggu lepas, aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Fariz Musa ditahan polis.

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad terlepas dalam pergelutan itu dan ditahan sehari selepas itu di rumahnya di Shah Alam.

12

Bagus
22

Marah
4

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote agusta 25-2-2015 06:39 PM
Buat lah demo sampai masing2 mampos..hidup menyusahkan org lain.mcm la klau PR jd kerajaan semua muka2 demo ni hidup senang..yg tgh study sibokk nk berdemo.
Quote bambimo 25-2-2015 06:45 PM
Buat penat je lah..ingt dia kesah?

Quote MengkuduMasam 25-2-2015 06:49 PM
so najib undur.. then what? pilihan raya? PR menang? otomatik GST mansuh? otomatik 1MDM mansuh?
table out dulu ape improvement yg korang blh beri...
asik berdemo je.. nyusahkan org....

aku pun bkn laa sokong gomen 100%... tp lagi semak dgn org demo2 nih...
org sembang GST ko pun nak sembang... tp bile tanya detail implementation... ternganga pulak...
Quote agusta 25-2-2015 06:51 PM
MengkuduMasam replied at 25-2-2015 06:49 PM
so najib undur.. then what? pilihan raya? PR menang? otomatik GST mansuh? otomatik 1MDM mansuh?
tab ...

SETUJU SANGAT SANGAT DENGAN PENDAPAT KO.
Quote yayaji 25-2-2015 06:56 PM
MengkuduMasam replied at 25-2-2015 06:49 PM
so najib undur.. then what? pilihan raya? PR menang? otomatik GST mansuh? otomatik 1MDM mansuh?
tab ...

exactly..well said!
depa ingat senang kot mcm tukar cadar ka, tukar tayar keta ke..
democracy tang mana ni ?


Quote azeri 25-2-2015 07:04 PM
Apakah kesannya ?

Kita sama-sama apa akan terjadi.
Isu jenayah kian berleluasa pun masih
banyak belum selesai.
Quote primemova 25-2-2015 07:09 PM
Edited by primemova at 25-2-2015 07:24 PM

apa yg diorang x puas hati lg dgn kehidupan skrg ni....
Quote agusta 25-2-2015 07:16 PM
Agaknya mereka fikir klau DAP amik alih kerajaan,hidup dorang akan aman damai,masa depan terjamin dan lain2 la..jgn mimpi la wei bangsa melayu yg first akan tertindas..kwn aku kat singapork kata bersyukur klau dia jd org malaysia..balik2 muka bdk2 melayu je yg sibokkk nk berdemo...sedeh dgn bangsa sendiri...
Quote budakshinchan 25-2-2015 07:22 PM
wat la apa apa yak patot yak x menyusahkan org len.. x menyalahi undang undang.. shin doakan success.. shin pon nk sgt PM Rosmah Mansor dan TPM Najib Razak berundur.. pi tukaq la sesapa.. Mahathir nk try lg pon bolehhhh..
Quote hyie 25-2-2015 07:36 PM
sekali kak mah libas rambut dia, abes korang semua tercampak ok
Quote freebird 25-2-2015 07:38 PM
penyokong2 mamak kerala akan turun demo sekali ke???

matlamat sama...
Quote Modngengade 25-2-2015 07:43 PM
Macai PR ni masih diulit mimpi ker...berapa kerat sgt umat malaysia yg menyokong PR skrg?

Sedihhhh
Quote rashiman 25-2-2015 08:04 PM
Buat apa nak berdemo-demo....buat penat aje...
PRU kan ada.....
Quote AbukRokok 25-2-2015 08:10 PM
Mahathir pun xmampu menghadapi kuasa JibMah
Perdana Menteri paling berkuasa pernah Malaysian saksikan
Quote Anak_Nogori 25-2-2015 08:15 PM
Ketum buat demo pun cuma hadir 300 je dik..setakat koorang..buang masa je dik..org pas pun dah muak berdemo ni dik..
Quote kentel 25-2-2015 08:34 PM
“Jika dibiarkan, lebih banyak lagi kerosakan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” kata sekretariat kumpulan itu.


statement menjilat daki sendiri..sendiri punya kerosakan lagi nak salahkan bijan
Quote zach2008 25-2-2015 08:35 PM
Sebab takda sambutan la dia org tambah utk menuntut najib berundur. Setakat nak demo pasal ketum silap2 penonton lg ramai
Quote zjen 25-2-2015 08:56 PM
Anak_Nogori replied at 25-2-2015 08:15 PM
Ketum buat demo pun cuma hadir 300 je dik..setakat koorang..buang masa je dik..org pas pun dah muak  ...

sepatut nye penyokong chedet kene join ni   a very good chan utk chedet
Quote spiderman80 25-2-2015 08:57 PM
Janganlah suruh Najib turun.
Spidey hari ni baru naik.


Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070041 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top