CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minyak RON95 Naik Balik?

26-2-2015 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10443| Komen: 31

Minyak RON95 Naik Balik?


Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol  berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga  minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga  RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran  apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding  dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh  penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60  (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah  mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga  mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70  seliter.


Perubahan harga bahan api itu bermula Disember  tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang  berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian  besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga  minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih  bulan ini.

Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis  menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan  mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah  mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55  sepanjang tahun ini.

14

Bagus
17

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 25-2-2015 07:25 AM
Maka berpestalah kenaikan harga brg dan drama nak memantau harga barang..
Quote ella. 25-2-2015 07:25 AM
harap2 rega menten..
Quote makton 25-2-2015 07:28 AM
bosan la tiap2 bulan nak tgk rege myk turun naik..
Quote gaara_X 25-2-2015 07:56 AM
wait n see je.....ahaks!!
Quote AbukRokok 25-2-2015 08:11 AM
klula mesia beli direct minyak dgn iran atau saudi... setong bawah us$ 10  harga diskaun perang minyak.
Quote noor2 25-2-2015 08:14 AM
Pakai jela Ron 97 hehe
Quote Vellfire 25-2-2015 08:15 AM
nak guna ron97 jerlah
Quote qronaldo7 25-2-2015 08:38 AM
fair & square. harga barang je payah nak turun
Quote mybluegetz 25-2-2015 08:55 AM
yeay myk naik
Quote nikaido 25-2-2015 09:01 AM
highcastle replied at 25-2-2015 07:25 AM
Maka berpestalah kenaikan harga brg dan drama nak memantau harga barang..

Bulan Mac harga minyak naik,harga barang naik.bulan April harga minyak turun harga barang naik sebab gst. Bulan mei harga minyak naik,harga barang naik lg haha
Quote mdhelmi 25-2-2015 09:44 AM
terima seadanya
harap2 warong ngeteh fav aku xnaikkan harga
Quote haruslah 25-2-2015 11:19 AM
barang pon naik regaaa

yeayyyyy

kalu turun rega minyak, rega barang x turon ponnnnn
Quote AbukRokok 25-2-2015 11:21 AM
haruslah replied at 25-2-2015 11:19 AM
barang pon naik regaaa

yeayyyyy

9 kali harga minyak naik .. 9 x brg naik rega thun ni

10 x minyak trun rege.... sekalipyn brg xtrun harga... katanya minyak xberi kesan pd kos operasi
Quote halimi78 25-2-2015 11:22 AM

kaka manyak wit......... iols kayuh beskal jah.. x mampu katanya..
Quote Z77 25-2-2015 11:32 AM
lepas ni gigih rafizi cari idea utk bangkang minyak naik balik...
Quote Loxlaxman 25-2-2015 11:34 AM
Pokeymark punya gomen ..
Quote jerukkedondong 25-2-2015 11:36 AM
Redho jer laaa..boleh giteww
Quote noor2 25-2-2015 11:39 AM
halimi78 replied at 25-2-2015 11:22 AM
kaka manyak wit......... iols kayuh beskal jah.. x mampu katanya..

Minyak sawit adeler....hihi
Quote mirage_46 25-2-2015 11:41 AM
pakai minyak ron 97 racing shell.. memang terbaik

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.132205 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top