|
1- Keluarkan isi cempedak, kulitnya disiang/dibuang kulit mengerutu bahagian luar kemudian potong2 macam dalam bekas kuning. 2- Lepas cuci bersih, gaulkan kulit cempedak dengan garam lebih kurang 1/2 cawan untuk kulit sebanyak dalam gambar/ sebiji kulit cempedak. 3- Tekan2 / padatkan, kemudian letak sikit air panas suam. Kemudian tutup bekas, simpan dalam seminggu, lagi lama lagi bagus. Dah siap.
4- Bila nak makan, ambil sebanyak mana yang kita nak. Cuci dan ramas2 sampai air masin keluar. Toskan dan goreng garing sikit. Asingkan. 5- Racik2 bawang besar, tumbuk/potong kecil cili padi, tumis. Kemudian campurkan dengan mandai tersebut. Boleh tambah belacan kalau mahu. Nak campur ikan bilis pun boleh, tempe pun boleh ikut selera masing2. Rasanya memang mables.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.133557 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.