|
LadyLista - Jadi hari ini nak masak ringkas. Tengok dalam peti ais ada udang dan sotong. Ambil setangkai rambai muda. ( Yang masak pun boleh ). Tumbuk dalam lesung untuk buang bijinya. Sebelum tu tanak nasi dulu, nanti lauk siap nasi pun dah masak.
Petik daun kunyit kat belakang rumah, bilas, cuci bersih-bersih. Masukkan santan kelapa dalam kuali/periuk/belanga. Kunyit hidup ditumbuk/ giling atau kunyit serbuk. Cili padi, bawang putih, merah ditumbuk/giling. Titik serai dan Sedikit air.
Panaskan guna api kecil. Masukkan sotong dihiris kecil dan udang. Kemudian kacau selalu supaya tak pecah minyak. Last masuk kan daun kunyit yang dihiris halus. Garam...dan sedikit perasa kalau mahu. Dah siap.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.530972 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.