CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Dapatkan perut kecil dengan hanya 1 minggu?

3-3-2015 04:21 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2307| Komen: 1


LadyLista - Cemburu tengok mereka yang tergolong dalam kategori 'Hourglass', serba-serbi molek. Nak dapat perut yang kurus dan ramping. Jom dapatkan pinggang dan perut yang ramping dengan hanya 1 minggu.

1. Ubah diet anda
Kajian mendapati dengan makan banyak bahan berunsur gandum, bersama-sama dengan buah dan sayuran lain membantu untuk mengurangkan lemak yang bakal anda ambil. Ingat! Makan banyak bahan berunsur gandum lagi baik daripada makan lemak. Doktor mengesyorkan untuk mereka yang ingin mengurangkan 1 paun lemak, mereka perlu mengurangkan 3500 kalori. Makan dengan sihat, bukan sekat makanan anda..

2. Minum banyak air kosong
Memang tak boleh disangkal lagi, minumlah sebanyak mana air kosong yang boleh untuk memastikan badan anda tidak keliru untuk menentukan anda lapar atau anda dahaga. Ini kerana perut sememangnya memberi signal yang sama apabila anda ataupun dahaga.


3.Kualiti bukan kuantiti
Makan makanan yang berkualiti bukan pada kuantitinya. Sebolehnya kira kualiti makanan anda yang diperlukan oleh badan. Berhenti apabila anda telah mencapai kualiti yang diperlukan oleh badan. Sebab itu penting menentukan mengira kualiti makanan anda.

4.Senaman
Senaman merupakan perkara terbaik untuk mendapatkan pinggang dan perut yang ramping. Dengan melipat kali gandakan senaman anda, anda bukan sahaja bakal mendapat bentuk idaman anda tetapi anda juga akan memanjangkan umur anda dengan senaman.

5.Berhenti minum alkohol
Kajian mendapati, alkohol mampu melebarkan ukuran pinggang dan perut. Dari itu, berhentilah minum minuman yang tidak bermanfaat itu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ajunara 9-3-2015 02:23 PM
macam tu je ke...

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.022296 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top