CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

5-3-2015 01:11 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2747| Komen: 0

Adakah anda mempunyai lingkaran gelap di bawah mata? Jom dapatkan cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata sekarang.Saat menatap wajah di cermin, anda terkejut besar! Kenapa? Mata anda nampak sembab! Pastinya gara-gara tidak cukup tidur pada malam sebelumnya…Usah gusar memikirkan mata yang sembab kerana ia boleh di atasi.

Jom buat sedikit trik untuk sembunyikan mata sembab anda itu dengan solekan. Sudah pasti, tiada yang perasan atau menyedari lingkaran gelap di bawah mata anda itu. Sebelum itu, jom ketahui ciri-ciri mata sembab anda terlebih dahulu.

Adakah ia?

i.        Bluish Dark Circle
Kebiasaanya, pada individu yang berkulit putih merah(cool undertone).

Contohnya:  Orang Cina/Caucasian

ii.        Brownish Dark Circle
Terjadi pada mereka yang berkulit putih kuning dan kulit paling gelap(warm undertone)
Contohnya: Orang Melayu dan India.
Untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, ada beberapa trik yang boleh anda cuba.

1) Sebelum menggenakan solekan, kedapkan kawasan mata menggunakan uncang teh yang telah disejukkan terlebih dahulu (selama 8 minit). Pada masa yang sama, berbaringlah dengan bahagian kepala ditinggikan sedikit(menggunakan bantal yang tinggi). Ini membantu lebihan bendalir di sekitar mata mengalir dengan lebih cepat. Selepas itu,alihkan uncang teh tersebut dan cuci wajah anda.

2) Kemudian, sapukan krim pelembap di wajah. Pilihlah produk dengan kandungan yang tidak mudah terbakar seperti chamomile,kafein,timun atau teh hijau dan hitam. Ia berfungsi meredakan kerensangan mata sembab atau lebam.

3) Jangan lupa sapukan gel mata di sekitar bawah mata dan pada kelopak mata. Biarkan ia selama 5 minit agar ia menyerap sepenuhnya pada sekitar mata.

4) Penggunaan ‘concealer’ bertujuan untuk menutup sembab mata sebelum menggunakan bedak asas. Sapuan ‘concealer’ tidak boleh terlalu tebal untuk menutup sembab mata kerana ia akan menjadi tompokan berkerut. Pilih ‘concealer’ yang sama warna dengan bedak asas agar kelihatan semulajadi. Kemudian,gunakan bedak asas hanya pada sudut dalam dan luar mata. Sembab dan lebam yang berada di sekitar mata tidak akan kelihatan.

5) Gunakan berus yang lebih kecil untuk menyapu pembayang mata yang sama betul-betul di garisan bawah mata. Setelah itu, barulah sapukan pembayang mata daripada rona senada dengan kelopak mata menggunakan berus.

6) Tidak perlu menggunakan penggaris mata kerana ia hanya akan membuatkan sembab di mata kelihatan lebih ketara. Sebaiknya gunakan pelentik bulu mata dan sapukan maskara hitam.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.037638 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top