CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terma rumah mampu milik RM400K tidak sesuai untuk Kelantan, Sabah, Sarawak

6-3-2015 09:40 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12174| Komen: 97

KUALA LUMPUR 5 Mac - Kerajaan perlu menyemak semula penggunaan terma rumah mampu milik berdasarkan kepada pendapatan isi rumah penduduk di setiap negeri demi kesejahteraan rakyat.

Pengarah Urusan firma CH Wiliams Talhar & Wong (WTW), Foo Gee Jen berkata, perkara tersebut amat penting kerana penggunaan definisi rumah mampu milik pada ketika ini iaitu RM400,000 tidak sesuai untuk negeri-negeri yang kurang membangun, misalnya Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, katanya, pembangunan rumah mampu milik juga perlu mengambil kira keperluan infrastruktur untuk penduduk bagi mengelakkan mereka terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Advertisement

Katanya, adalah tidak sesuai sekiranya rumah mampu milik dibina di kawasan pedalaman yang jauh dari tempat kerja tanpa akses kepada kemudahan pengangkutan.

“Jika kerajaan benar-benar ingin melaksanakan pembangunan rumah mampu milik, mereka perlu melihat dari satu daerah ke satu daerah, lokasi dan setiap negeri. Sebagai contoh di Selangor, harga rumah di Kuala Selangor adalah berbeza dengan Shah Alam.
Advertisement

“Bagaimanapun, bagi saya terpulang kepada tekanan pasaran yang akan menentukan definisi bagi rumah mampu milik ini kerana saya menyedari perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Laporan Pasaran Hartanah 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah WTW Johor, Tan Ka Leong dan Pengarah WTW Pulau Pinang, Peh Seng Yee.

Menurut Gee Jen, tahun ini kerajaan dijangka membangunkan lebih banyak rumah mampu milik sekali gus memperlahankan pembinaan rumah atas tanah.

Namun, katanya, harga bagi kediaman tersebut masih kekal stabil di Lembah Klang.

Sementara itu, Seng Yee berkata, kediaman atas tanah masih menjadi pilihan utama bagi penduduk Pulau Pinang walaupun sektor kediaman rumah bertingkat sangat aktif dalam pasaran hartanah.

“Bagi pasaran hartanah kedua pula, pembeli gemar membeli rumah di kawasan yang berkonsep kejiranan. Harga pula dijangka meningkat secara sederhana tahun ini,” katanya.

9

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 6-3-2015 02:25 AM
perak masih boleh dpt rumah teres dlm RM100 ribu
Quote HOHA 6-3-2015 02:30 AM
kesiannya... kurang membangun rupenya diaorang ni..  
Quote kentel 6-3-2015 07:58 AM
sapelah menteri perumahan yang bangang tu suggest camtu...kerabat2 maslan ni..pointer tinggi tak menjamin IQ yang tinggi..
Quote cmf_acura 6-3-2015 08:01 AM
mampu milik jadahnya....400 k...org yg gaji 10k pun tak mampooi beli.. .
Quote caprut 6-3-2015 08:06 AM
Acong replied at 6-3-2015 02:25 AM
perak masih boleh dpt rumah teres dlm RM100 ribu

perak sendu la. mknan susah nk dpt
Quote ctcham 6-3-2015 08:19 AM
jangan kan kelantan sabah sarawak, selangor dgn kl ni pun 400k hanya mampu tengok jer tolong la pantau dah berbuih2 dah rakyat mintak tapi hampeh makin mencanak-canak naik tak lama lagi gst pulak
Quote rosmahisham 6-3-2015 08:24 AM
Acong replied at 6-3-2015 02:25 AM
perak masih boleh dpt rumah teres dlm RM100 ribu

perak belah mana cong?? klu tepeng msh murah..teluk intan kg bapak aku mahal giler..rumah teres setingkat pon rm300-400k..
Quote nazadiyah 6-3-2015 08:24 AM
Ingatkan mampu milim rm 50k. Sekian.
Quote deryza 6-3-2015 08:26 AM
Mampu tengok je la....
Quote krustykrab 6-3-2015 08:57 AM
ehh..bukan ari tu ada yg ckp org kelantan ni semua kaya raya
Quote poison_paradise 6-3-2015 08:59 AM
krustykrab replied at 6-3-2015 08:57 AM
ehh..bukan ari tu ada yg ckp org kelantan ni semua kaya raya

Dorg byk beli UMAH kt kl..selangorr.. Tidaklah nak beli Kat negeri Kelantan nun..
Quote poison_paradise 6-3-2015 09:00 AM
Kat Selangor 400k tu dpt apartment je kot yg Baru.. Tak besar Mana pon.. Teres pon dah 700k++ n above
Quote lazim 6-3-2015 09:17 AM
Edited by lazim at 6-3-2015 09:19 AM
rosmahisham replied at 6-3-2015 08:24 AM
perak belah mana cong?? klu tepeng msh murah..teluk intan kg bapak aku mahal giler..rumah teres se ...

belah batu gajah 150k lease hold teres 70x22 4bilik..

dekat dengan tesco
dekat dengan aeon
dekat dengan ktm ets
dekat dgn hospital
dekat dengan sekolah2
20-30 minit ke town ipoh

Quote caprut 6-3-2015 09:25 AM
cmf_acura replied at 6-3-2015 08:01 AM
mampu milik jadahnya....400 k...org yg gaji 10k pun tak mampooi beli.. .

gaji 10k x mmpu beli rumah mmg tipu la.
Quote caprut 6-3-2015 09:29 AM
ctcham replied at 6-3-2015 08:19 AM
jangan kan kelantan sabah sarawak, selangor dgn kl ni pun 400k hanya mampu tengok jer tolong la pant ...

da nma pon bndar, xkan nk hrap umah teres 2 tgkt 200k lg zmn skrg ni? sdgkan tmpt ceruk pon teres 2 tgkat 300k. bg ak umah mhal2 kat bndar ni lg bgos utk mgelakan sorg mmpu beli rumah byk2 .
Quote Innrukia 6-3-2015 09:29 AM
rm400k mampu milik?
average gaji warga malaysia ni brapa jaa....
time kecik byk mkn semut gamaknya...
Quote stars83 6-3-2015 09:43 AM
Kalo 50k-100k,bru mampu milik namanya,. kalo lbh dari tu,bkn mampu milik,tp MAMPUS MILIK..::
Quote nh83 6-3-2015 09:54 AM
bab rega umah ni bikin sakit ati saja nk ulass..hanya yg berada dibawah saja yg paham..projek rumah mampu tgk bersepah -sepah ..last2x xde org beli sgt..menyemak pandangan saja..susah sgt ka nk wat umah mampu milik..setingkat pun jadilah..ini tidak projek baru semua 2 tingkat dah 500k-600k,.3 tingkat 800k.....sedangkan pendapatan tahap alahai ...ni kisah di seberang perai penang..sekian..
Quote gaara_X 6-3-2015 10:19 AM
samapai satu tahap....jawapannya....mmg tak leh blah...

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059614 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top