CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua sahabat maut digilis lori tangki simen

6-3-2015 10:01 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 18738| Komen: 70


Dua lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki simen di Jalan Bahau- Juaseh dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA

BAHAU - Dua sahabat maut apabila digilis sebuah lori tangki simen dalam kemalangan di Km1, Jalan Bahau-Juasseh berhampiran stesen minyak Petronas di sini, hari ini.
   
Dalam kejadian 3.45 petang itu, Abdul Hakeem Abd Manan dan Muhammad Noor Firdaus Ghazali, kedua-duanya berusia 25 tahun dari Batu Kikir, sedang dalam perjalanan ke Juasseh menaiki motosikal jenis Yamaha LC.
   
Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kanan jalan raya dipercayai cuba mengelak kenderaan di hadapan yang secara tiba-tiba memperlahankan kelajuan.

"Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan iaitu di laluan lori tangki simen, namun terjatuh mengakibatkan kedua-dua mangsa digilis kenderaan berat itu.
   
"Akibat kejadian itu kedua-dua mangsa diseret beberapa meter dari lokasi nahas dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Hamzah berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau membantu operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
   
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. 

6

Bagus

Marah
10

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wds 5-3-2015 09:07 PM
Orang lain punya pasal orang lain yg mati. Celaka sungguh.
Quote medangtamang 5-3-2015 09:08 PM
Al-Fatihah... Firdaus tu kazen bini aku... baru smlm dtg umah mak mertua aku... smlm pun besday arwah... sedih lak pasal penah borak2 dengan arwah... dia tukang wat air masa time raya...

Update : Keluarga tak dibenarkan tgk mayat mungkin pasal dah hancur... Pihak spital yg uruskan sumer and suroh tunggu kat Tanah Perkuburan ajer...
Quote mak_wa95 5-3-2015 09:10 PM
takziah...
Quote Syd 5-3-2015 09:26 PM
gambar dah merata kat wasap...anak buah kawan ai...
Quote Syd 5-3-2015 09:28 PM
hancur dari pinggang ke bawah...seret naik punyer kenderaan berat. ada mamat hindu kemain dekat amek gambo mayat
Quote ib-instaforex 5-3-2015 09:31 PM
Syd replied at 5-3-2015 09:28 PM
hancur dari pinggang ke bawah...seret naik punyer kenderaan berat. ada mamat hindu kemain dekat amek ...

ada gambar tak bro..blh bg link ..blh aku letak kat sini

Quote ultra78 5-3-2015 09:39 PM
ib-instaforex replied at 5-3-2015 09:31 PM
ada gambar tak bro..blh bg link ..blh aku letak kat sini

Search aje di twitter

Nah aku bagi link

https://twitter.com/search?q=bahau&src=typd&mode=photos
Quote ib-instaforex 5-3-2015 09:44 PM
ultra78 replied at 5-3-2015 09:39 PM
Search aje di twitter

Nah aku bagi link

Tqvm..nanti aku search dan letak kat sini ..

Quote sapp73 5-3-2015 09:44 PM
ngerinya ...patutlah family tak dibenarkan tengok
Quote Syd 5-3-2015 09:50 PM
ni je laaa dulu....yg lelain nanti, hmmm...hard core sgt
Quote mak_wa95 5-3-2015 10:16 PM
allah,ngerinya..
Quote ib-instaforex 5-3-2015 10:18 PM

Memang Ngeri Pun ..Al-fatihah utk mangsa
Quote Bedah.Cun 5-3-2015 10:21 PM
Eeeekkkkk, bocor perutnye!!!!
Quote kimsa-ra 5-3-2015 10:21 PM
ngerinya.. innalillahiwainnalillahirojiun
Quote estrelle 5-3-2015 10:25 PM
x sanggup nak tengok
takziah utk family arwah..ni bahagian arwah,mati kita x tau mcm mane lg..
Quote ida88 5-3-2015 10:29 PM
Ya Allah..ngeri nye
Terseret sejauh tu dgn Lori sebesa tu
Tak terbyg rasenye

Takziah buat Keluarga mangsa
Moga diberikan kekuatan utk mghadapi dugaan ni.
Quote Madel 5-3-2015 10:35 PM
Jangan la letak gambar..
Kasi link sudah la..
Tolong la hormat sikit..
Quote batmana 5-3-2015 10:48 PM
medangtamang replied at 5-3-2015 09:08 PM
Al-Fatihah... Firdaus tu kazen bini aku... baru smlm dtg umah mak mertua aku... smlm pun besday arwa ...

takziah pada famili awak..

Quote TuntungReturn 5-3-2015 10:51 PM
polis ngn bomba la dok kutip cebisan daging tu.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.129673 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top